Followers

Thursday, October 27, 2011

Solat 5 waktu

Hari ini aku sempat berjumpa dengan pengerusi pahang persatuan bekas-bekas polis pahang di temerloh. Ketika itu aku masih lagi tidak mengetahui statusnya. Sedang aku menjamu selera tiba-tiba beliau bertanya "hari itu HIMPUN apa cerita?" aku pun menjawab ringkas saja la. Ketika itu aku sedang makan tengahari di rumah beliau yang juga merupakan atuk tiri aku.

Selesai saja aku menceritakan serba ringkas mengenai HIMPUN tempoh hari, langsung beliau bercakap soal perjuangan. Aku yang agak suka mendengar cerita-cerita orang tua ini mendengar cerita beliau dengan khusyuk sekali. Walaupun umurnya sudah melebihi 80 tahun tetapi jika melihat faktor fizikal dan suaranya seolah-olah kita anggarkan umurnya sekitar 60an.

Antara isi kandungan yang masih aku ingat lagi ialah "kita jangan bercakap soal perjuangan kalau solat kita tak cukup 5 waktu. Jangan cakap soal perjuangan kalau tak ikut 5 syariat islam ( iaitu rukun islam). Lu agama apa? Lu bangsa apa? jangan banyak cakap,jom kita bersatu.".

Banyak lagi kata-kata semangat yang di beri tetapi aku tak dapat ingat semuanya. Dan keadaan masa itu pun agak terhad dan aku agak kelam kabut untuk pulang ke Selangor.

No comments:

Post a Comment