Followers

Monday, October 3, 2011

Menjelang Final Exam

Final exam cuma tinggal sebulan je lagi. Semestinya bagi mereka yang ingin memburu kejayaan cemerlang dalam exam nanti semakin giat mengulangkaji subjek pelajaran. Manakala aktiviti lain seperti aktif berpersatuan dikurangkan. Tetapi itu bukanlah menjadi satu alasan bagi mereka yang masih mempunyai tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan dalam persatuan atau sesuatu program.

Gunakanlah baki masa yang ada ini untuk menyelesaikan tugas yang diberikan dan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak terabai. Carilah kaedah mengulangkaji yang tepat dalam masa yang singkat dan 'busy' ini.

Sebaik-baiknya buatlah catatan ringkas yang mudah dibawa kemana-mana. Supaya dapat dimanfaatkan semasa kelapangan contohnya seperti ketika sedang menunggu untuk berprogram. Masa yang terbaik untuk mengulangkaji juga ialah di waktu tenang, sunyi dan sejuk terutama pada waktu malam dan awal pagi. Mulai sekarang tahan nafsu untuk berfacebook buat seketika waktu ini. Belajar secara berkumpulan juga boleh membantu meningkatkan kefahaman dan ingatan anda asalakan kesemua anggota menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.

Dalam masa sebulan ini juga pengurusan masa haruslah ditahap yang paling penting. Asingkan waktu belajar, waktu buat Assignment, waktu program dan juga waktu-waktu yang lain supaya kita tidak kelam kabut di akhir-akhir nanti. Buat satu jadual dimana waktu-waktu ini telah pun ditetapkan. Tetapi jadual ini mestilah dipatuhi. Jangan hanya pandai membuat sahaja. Belajar berdisiplin dengan masa. Rancang jadual ini mengikut tarikh-tarikh penting.

Akhir kata seorang pelajar yang cemerlang akan sedaya upaya menggunakan masa yang terluang seperti masa pertukaran kelas atau masa berjalan kaki dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan membaca. Belajar dan teruslah belajar. Membaca dan teruslah membaca.

No comments:

Post a Comment