Followers

Tuesday, October 11, 2011

Mencari Penajaan

Pada jumaat lepas 7 Oktober aku bersama shah pergi ke pusat khidmat masyarakat MB Selangor di Ijok untuk mencari sumbangan program KAR 04. Dan hari ini 10 Oktober aku meneruskan lagi misi mencari bantuan kewangan bagi menjayakan Program KAR 04 ini.

Hari ini jam 9 pagi lagi aku sudah terpacak depan pejabat ADUN Kuang sehinggalah beliau sampai jam 11 pagi. Alhamdulillah walaupun tak dapat peruntukan DUN sebab program aku ni bukan dalam kawasan beliau tetapi aku berjaya menarik perhatiannya dan mendapatkan sumbangan peribadi beliau. Terima kasih kepada YB Tuan Abdul Syukur bin Idrus yang juga merupakan ketua penerangan UMNO Selangor.

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke pejabat ADUN Paya Jaras pula. Tetapi YB tiada dan aku hanya menyerahkan surat sumbangan tu kepada pegawai khas beliau sahaja. InsyaAllah aku akan follow up surat sumbangan tersebut.

Selepas itu aku ke Putrajaya pula utk mendapatkan bantuan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Belia & Sukan. Kedua-dua kementerian tersebut aku berjaya sampaikan kepada Ketua Pengarah Jabatan dan aku hanya menantikan feedback sahaja. Mudah-mudahan permohonan aku diluluskan atas niat membantu belia-belia negara.

Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan dan aku akan pastikan program aku ni berjalan lancar dan jayanya. Dan aku amat berharap agar perjalanan program ini dimudahkan dan mendapat kerjasama yang paling kuat daripada ahli-ahli GPMS yang ada di UNISEL ini dan Alumni-alumni.

1 comment:

  1. salam sejahtera , boleh saya tahu kepada siapa saya boleh berhubung kepada bahagian KPT dan juga KBS tersebut ? terima kasih .

    ReplyDelete