Followers

Sunday, October 30, 2011

Soalan Lazim Mengenai GPMS?


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia
Sedikit sejarah mengenai GPMS.

Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi kemunduran tersebut maka berkumpullah beberapa orang pelajar Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya dalam kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan orang Melayu seperti halangan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Tokoh pelajar yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al-Kalali.

Dalam bidang ekonomi pula, pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za’aba) menulis rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu yang tersiar dalam Al Ikhwan 16 Mac 1927. Manakala dalam bidang politik telah bangkit pula angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang bekerja keras untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Melalui asuhan semangat dari guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, pelajar tersebut yang diketuai Ibrahim Haji Yaacob meneroka perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika itu timbul kesedaran nasionalisme menjadi gerakan sosial (social force) sebagai akibat daripada penyebaran idea tentang kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan melalui konsep “Kesatuan Malaya” menyuburkan secara spontan peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.


SOALAN LAZIM MENGENAI GPMS?
  • Matlamat dan tujuan perjuangan GPMS?
Matlamat dan perjuangan GPMS boleh dirujuk pada MUKADIMAH GPMS atau dikenali sebagai 4 Sedar iaitu:-

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung untuk menghadiri persidangan pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948,

Sedar:- Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Tanah Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Sedar:- Atas kemunduran kami di alam ilmu pengetahuan
Sedar:- Atas kewajiban kami dalam meningkat darjat pengetahuan bangsa
Sedar:- Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

Berpendapat bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah di dirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

  • Kenapa tidak diletakkan Islam dalam GPMS?
Seperti yang anda semua sedia maklum, GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 lagi iaitu sebelum kemerdekaan. Oleh itu ini merupakan sejarah bagi GPMS yang tidak dapat diubah mahupun dari segi perkataan ataupun ejaan. Sejarah tidak boleh dipadam dan ditulis semula dengan sesuka hati kerana ia merupakan lambang dan sejarah bagi kita semua.

GPMS merupakan subjektif iaitu satu nama yang telah diberikan atas dasar dan perjuangan Islam juga. Tidak bermakna tiada perkataan ISLAM pada GPMS ia beerti GPMS bukan memperjuangkan ISLAM dan hanya Bangsa semata-mata sahaja.

Contoh paling mudah adalah mengenai nama anda. Sekiranya nama anda Safuan B. Salim ini bermakna dia bukan memperjuangkan ISLAM kerana namanya tidak mempunyai perkataan ISLAM. Dan adakah nama yang mempunyai perkataan ISLAM seperti REBECA NUR ISLAM memperjuangkan ISLAM.

Perjuangan Islam adalah terletak pada Iman seseorang samada dia mampu untuk membawanya ataupun tidak bukan hanya pada nama.

  • Saya perjuangkan Islam tidak perjuangkan Bangsa?
Sekiranya anda berpendapat begini anda merupakan seorang yang rugi, ini kerana sekiranya anda benar-benar memperjuangkan Agama anda harus tahu bahawa NABI-NABI kita juga berjuang untuk BANGSAnya juga iaitu BANGSA ARAB dengan berpandukan AJARAN AGAMA ISLAM yang diperintahkan oleh ALLAH.

Dakwah Nabi Muhammad SAW dimulai dari wilayah Makkah di jazirah Arab (Bangsa ARAB), walaupun pada akhirnya ajaran beliau adalah untuk seluruh umat manusia. Jauh sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya Allah SWT juga telah mengutus nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Kedua Rasul ini telah berhasil membina BANGSA ARAB dan masyarakat makkah menjadi orang yang beriman dan hanya menyembah kepada Allah SWT.

Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara itu pada zahirnya sahaja, sekiranya anda benar-benar perjuangkan ISLAM apa yang telah anda lakukan untuk mengubah persepsi Agama lain atau masyarakat yang bukan Islam terhadap AGAMA ISLAM. Oleh yang demikian, disebabkan isu ini ramai diantara kalangan BANGSA MELAYU kita yang terang-terang AGAMA ISLAM telah berpecah belah disebabkan PERKATAAN sahaja iaitu ISLAM dan MELAYU.

Jika kita lihat pada zahirnya memang berbeza tetapi adakah pada sebaliknya ia juga sama. Tidak mungkin sama sekali. Sekiranya kita lihat, Dalam mukadimah GPMS Sedar yang pertama merupakan asas kerana is juga berpandukan pada AL-QURAN dan Hadis. Iaitu kita harus BERSATU.

Nabi Muhammad mengajarkan bahwa kemuliaan manusia tidak diukur dari harta, keturunan, suku, keindahan tubuh, kekuatan, maupun pangkat dan jabatannya dalam masyarakat. Namun kemuliaan manusia terletak pada ketaatannya kepada Allah SWT dan kemuliaan akhlaknya, baik berupa sikap, perkataan, maupun perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari.

  • Adakah GPMS merupakan Tali Barut UMNO?
Pemimpin dalam GPMS adalah berbeza-beza. Dalam GPMS juga terdapat pelbagai ahli yang berbeza fahaman POLITIKnya. Dalam masa yang sama GPMS merupakan badan NGO dan dengan itu ia telah menyatakan bahawa GPMS merupakan NON-PARTISAN.

GPMS mungkin telah dimanipulasikan oleh sesetengah individu yang berbeza politik dan telah lari dari perjuangan sebenarnya tetapi itu merupakan salah individu yang membawa ajaran serta fahaman yang salah. Sekiranya beliau merupakan seorang yang memahami GPMS dan perjuangannya perkara ini tidak akan terjadi.

GPMS adalah gedung melahirkan pemimpin. Sekiranya anda berada dalam dunia POLITIK anda jangan sesekali menyebut nama GPMS dalam fahaman POLITIK anda walaupun anda merupakan ahli GPMS. GPMS tidak menghalang asalkan bila anda berada dalam aktiviti GPMS anda tidak membawa fahaman anda. Kita merupakan satu keluarga walaupun berbeza fahaman POLITIK. Begitu juga ISLAM dimana kita mempunyai 4 MAZHAB yang berbeza fahamannya tetapi kita merupakan 1 KELUARGA iaitu ISLAM.


  • Bagaimana dengan Sabah dan Sarawak?
Pelajar Melayu di Sabah dan Sarawak juga boleh menyertai GPMS kerana GPMS merupakan GABUNGAN PELAJAR MELAYU. Tidak kira anda berada dimana sekalipun, jika anda seorang MELAYU anda boleh sertai kami.

Pada nama sahaja ternyata Semenanjung ini kerana pada tahun 1948 Sabah dan Sarawak tidak lagi berada dalam kedudukan Tanah Melayu. Hanya pada tahun 1963 barulah Sabah dan Sarawak menyertai MALAYSIA. Sehubungan dengan itu, sejarah tidak dapat diubah. Walaupun Semenanjung tetapi GPMS juga dikenali sebagai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung MALAYSIA.

Di Singapura kita juga ada GPMS begitu juga baru-baru ini dimana di MEDAN Indonesia telah tertubuhnya GPMS. Oleh yang demikian tidak kira anda dari negara manapun sekiranya anda adalah berketurunan dan berbangsa MELAYU serta yang berbangsa lain tetapi telah memeluk ISLAM anda semua boleh menyertai GPMS.



sumber : www.belajarterusbelajar.blogspot.com

Thursday, October 27, 2011

Solat 5 waktu

Hari ini aku sempat berjumpa dengan pengerusi pahang persatuan bekas-bekas polis pahang di temerloh. Ketika itu aku masih lagi tidak mengetahui statusnya. Sedang aku menjamu selera tiba-tiba beliau bertanya "hari itu HIMPUN apa cerita?" aku pun menjawab ringkas saja la. Ketika itu aku sedang makan tengahari di rumah beliau yang juga merupakan atuk tiri aku.

Selesai saja aku menceritakan serba ringkas mengenai HIMPUN tempoh hari, langsung beliau bercakap soal perjuangan. Aku yang agak suka mendengar cerita-cerita orang tua ini mendengar cerita beliau dengan khusyuk sekali. Walaupun umurnya sudah melebihi 80 tahun tetapi jika melihat faktor fizikal dan suaranya seolah-olah kita anggarkan umurnya sekitar 60an.

Antara isi kandungan yang masih aku ingat lagi ialah "kita jangan bercakap soal perjuangan kalau solat kita tak cukup 5 waktu. Jangan cakap soal perjuangan kalau tak ikut 5 syariat islam ( iaitu rukun islam). Lu agama apa? Lu bangsa apa? jangan banyak cakap,jom kita bersatu.".

Banyak lagi kata-kata semangat yang di beri tetapi aku tak dapat ingat semuanya. Dan keadaan masa itu pun agak terhad dan aku agak kelam kabut untuk pulang ke Selangor.

Thursday, October 13, 2011

SEKA AIR MATAMU WAHAI PEJUANG : PERJALANAN KEBAHAGIAN YANG SEDANG MENANTI

Pejuang.

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan. Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka. Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu. Syyyhh… jangan menangis. Seka air matamu wahai pejuang.

Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang? Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami. Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini. Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati. Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka. Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang. Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.

Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.

Dia menjagamu. Menjagamu.

Merapatlah

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.

Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.

Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

sumber : http://aminmppfarmasi.blogspot.com

Tuesday, October 11, 2011

Mencari Penajaan

Pada jumaat lepas 7 Oktober aku bersama shah pergi ke pusat khidmat masyarakat MB Selangor di Ijok untuk mencari sumbangan program KAR 04. Dan hari ini 10 Oktober aku meneruskan lagi misi mencari bantuan kewangan bagi menjayakan Program KAR 04 ini.

Hari ini jam 9 pagi lagi aku sudah terpacak depan pejabat ADUN Kuang sehinggalah beliau sampai jam 11 pagi. Alhamdulillah walaupun tak dapat peruntukan DUN sebab program aku ni bukan dalam kawasan beliau tetapi aku berjaya menarik perhatiannya dan mendapatkan sumbangan peribadi beliau. Terima kasih kepada YB Tuan Abdul Syukur bin Idrus yang juga merupakan ketua penerangan UMNO Selangor.

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke pejabat ADUN Paya Jaras pula. Tetapi YB tiada dan aku hanya menyerahkan surat sumbangan tu kepada pegawai khas beliau sahaja. InsyaAllah aku akan follow up surat sumbangan tersebut.

Selepas itu aku ke Putrajaya pula utk mendapatkan bantuan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Belia & Sukan. Kedua-dua kementerian tersebut aku berjaya sampaikan kepada Ketua Pengarah Jabatan dan aku hanya menantikan feedback sahaja. Mudah-mudahan permohonan aku diluluskan atas niat membantu belia-belia negara.

Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan dan aku akan pastikan program aku ni berjalan lancar dan jayanya. Dan aku amat berharap agar perjalanan program ini dimudahkan dan mendapat kerjasama yang paling kuat daripada ahli-ahli GPMS yang ada di UNISEL ini dan Alumni-alumni.

Thursday, October 6, 2011

Promosi KAR 04

Malam tadi adalah malam ke 5 kami (GPMS) membuka kaunter atau booth untuk mempromosikan program Kembara Alam Rimba (KAR 04). Dan hasilnya setakat ini sudah ada 17 orang yang berdaftar sebagai peserta malah sudah pun membuat bayaran deposit sebanyak rm30 juga bayaran penuh sebanyak rm60. Malam ni adalah malam terakhir kami membuka booth untuk minggu ini dan diharapkan agar jumlag pendaftaran peserta semakin bertambah.

Kami akan membuka booth di cafe UNISEL sehingga 20hb November 2011 pada setiap malam isnin hingga khamis jam 8 malam hingga 11 malam. Target peserta KAR 04 ini adalah sebanyak 60 orang. Bermakna kami perlu mencari 43 orang lagi.

Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan pada urusetia yang bertungkus lumus mempromosikan KAR 04 ini walaupun terpaksa berkorban masa mahupun tenaga hatta wang ringgit sekalipun.

Monday, October 3, 2011

Menjelang Final Exam

Final exam cuma tinggal sebulan je lagi. Semestinya bagi mereka yang ingin memburu kejayaan cemerlang dalam exam nanti semakin giat mengulangkaji subjek pelajaran. Manakala aktiviti lain seperti aktif berpersatuan dikurangkan. Tetapi itu bukanlah menjadi satu alasan bagi mereka yang masih mempunyai tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan dalam persatuan atau sesuatu program.

Gunakanlah baki masa yang ada ini untuk menyelesaikan tugas yang diberikan dan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak terabai. Carilah kaedah mengulangkaji yang tepat dalam masa yang singkat dan 'busy' ini.

Sebaik-baiknya buatlah catatan ringkas yang mudah dibawa kemana-mana. Supaya dapat dimanfaatkan semasa kelapangan contohnya seperti ketika sedang menunggu untuk berprogram. Masa yang terbaik untuk mengulangkaji juga ialah di waktu tenang, sunyi dan sejuk terutama pada waktu malam dan awal pagi. Mulai sekarang tahan nafsu untuk berfacebook buat seketika waktu ini. Belajar secara berkumpulan juga boleh membantu meningkatkan kefahaman dan ingatan anda asalakan kesemua anggota menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.

Dalam masa sebulan ini juga pengurusan masa haruslah ditahap yang paling penting. Asingkan waktu belajar, waktu buat Assignment, waktu program dan juga waktu-waktu yang lain supaya kita tidak kelam kabut di akhir-akhir nanti. Buat satu jadual dimana waktu-waktu ini telah pun ditetapkan. Tetapi jadual ini mestilah dipatuhi. Jangan hanya pandai membuat sahaja. Belajar berdisiplin dengan masa. Rancang jadual ini mengikut tarikh-tarikh penting.

Akhir kata seorang pelajar yang cemerlang akan sedaya upaya menggunakan masa yang terluang seperti masa pertukaran kelas atau masa berjalan kaki dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan membaca. Belajar dan teruslah belajar. Membaca dan teruslah membaca.