Malam ini secara tiba tiba sahaja saya teringat akan kisah silam perjalanan hidup saya. Walaupun tidak secara spesifik, tetapi suka untuk saya coretkannya juga disini.
27/4/1988 : saya dilahirkan. Kemudian saya memang tak ingat apa yang berlaku pada diri saya secara jelasnya sehinggalah saya bertadika di taman NZ, Negeri Sembilan. Tadika yang dimiliki kumpulkan Al-Arqam.
Darjah 1 tahun 1995 di SK Sungai Penchala. 1996 darjah 2 di SK Bandar Menjalara. Kemudian 1997 pindah di Kuang. Darjah 3 sehingga darjah 6 di SK Kuang.
2001 saya dihantar ke sekolah asrama di Melaka. SMA Darul Falah. Saya tidak terus masuk ke tingkatan 1 tetapi melalui dulu kelas peralihan selama setahun. Tahun berikutnya 2002 barulah saya duduk di tingkatan 1. Saya sekolah disana sehinggalah tingkatan 3. 2005 semasa tingkatan 4 saya pindah ke sekolah harian iaitu SMK Bukit Gading sehinggalah habis tingkatan 5 tahun 2006.
2007 saya bekerja sebagai assistant security di Jusco One Utama selama setahun. Kemudian saya berhenti kerja untuk sambung belajar. 2008 saya daftar masuk UNISEL ambil kos tahun asas sains selama setahun.
Selesai sahaja pengajian tahun asas tersebut, saya mendapat tawaran untuk belajar di China. Tempoh pengajian selama 5 tahun. Tapi saya hanya sempat 1 semester sahaja selama 6 bulan. Kemudian saya berhenti kerana sebab sebab tertentu.
Tahun 2010 saya sambung pengajian di UNISEL semula peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang bioinformatik. Sepanjang pengajian saya pernah beberapa kali mendapat pointer bawah 2.00 dan menyebabkan saya extend pengajian sebanyak 2 semester untuk cover balik subjek yang saya gagal.
Saya sempat menjalani latihan industri selama 4 bulan di makmal forensik PDRM. Saya punya thesis pula berkaitan bakteria yang bertahun "growth optimization of indigenous hyperthermophilic geobacillus species isolated in sungai klah hot spring".
Semasa tahun akhir saya mendapat tawaran kerja sebagai Ketua sukarelawan untuk GPMS Kebangsaan. Untuk menampung yuran pelajaran dan kos Sara hidup masa itu, saya terima tawaran tersebut dengan elaun sebanyak rm1,000 sahaja sebulan.
Tetapi saya terus konsisten memegang tanggungjawab itu selepas habis belajar. Dari elaun rm1,000 naik ke rm1,200 sebagai gaji pokok kemudian selang beberapa bulan ditambah dengan pula dengan elaun rm500 dan akhir sekali sebelum saya berhenti gaji pokok saya sebanyak rm1320 campur elaun rm500 jumlah rm1820. Saya berhenti dari ibu pejabat GPMS untuk mencari peluang yang lebih baik.
Dalam pada itu, sepanjang hampir 2 tahun saya berkhidmat di ibu pejabat GPMS, saya telah dianugerahkan tokoh penggerak muda GPMS Kebangsaan. Saya juga berjaya memenangi pemilihan ahli parlimen belia Malaysia negeri Selangor.
Selepas berhenti, saya cuba untuk berniaga dan saya hadir ke beberapa kursus. Bidang yang saya ceburi bidang coklat. Tetapi lama kelamaan saya dapati diri saya tidak sesuai. Saya ambil keputusan berhenti dan perlu cari kerja lain untuk kumpul balik saving.
Saya bekerja sebagai Penyelia pembersihan atau supervisor cleaner di RnR Genting Sempah selama sebulan. Tetapi selepas beberapa masalah yang melanda di syarikat tersebut saya ambil keputusan untuk berhenti walaupun saya diminta untuk bantu Bahagian HR pula oleh bos.
Saya ambil keputusan untuk berhenti kerana saya dapat tawaran dari koperasi Amanah ikhtiar Malaysia untuk jawatan penolong pegawai kerja unit latihan. Dan kini saya hanya tinggi panggilan untuk lapor diri sahaja.
Selain daripada pengalaman diatas ni, saya pernah bekerja sebagai operator kilang buat cermin kereta selama sebulan setengah sepanjang cuti sekolah habis tingkatan 4 nak masuk ke tingkatan 5. Sebelum tu masa cuti sekolah dari tingkatan 3 nak masuk tingkatan 4 saya bekerja di kilang juga. Kilang buat perabot sekolah. Termasuk penghantaran dan pemasangan sekali perabot tersebut disekolah.
Selepas habis SPM saya sempat bekerja di BBQ Land. Saya sempat bekerja 2 minggu sahaja sebelum dapat panggilan masuk kerja di Jusco One Utama. Saya ditugaskan untuk cuci pinggan mangkuk dan periuk bbq ketika itu. Semasa cuti semester pendek tahun 2011 di UNISEL, saya bekerja di 99 speedmart selama 3 bulan sebagai storekeeper.
Saya juga pernah kerja sebagai pembantu survey. Buat bancian rumah pprt sekitar selangor. Saya pernah kerja buat bancian juga di kawasan KL. Bancian kira pejalan kaki dan bilangan kereta semasa kesesakan lalulintas. Saya juga sempat merasa bekerja sebagai pelayan untuk syarikat katering.
Dan semasa kecil, saya juga sempat dan pernah merasa bekerja sebagai peniaga kaki Lima. Saya menolong bapa saya meniaga waktu itu. Buka meja meniaga depan pasaraya.
Begitulah serba sedikit kisah hidup saya yang dapat dinyatakan disini. Seronok untuk kita berkongsi pengalaman ini.
No comments:
Post a Comment