Followers

Tuesday, October 6, 2015

Calon AMT GPMS 2015/2018

Alhamdulillah. Setelah mendapat pengcahayaan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bagi bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan sesi 2015/2018. Pemilihan tersebut akan dijalankan pada 16-18 Oktober 2015 ini semasa Persidangan Agung Tahunan GPMS di UPM.

Walaupun mendapat sokongan daripada banyak pihak, tetapi rintangan dan dugaan yang perlu saya lalui juga amat membebankan sehingga saya hampir tertewas dan pernah juga terfikir untuk menjadi seperti kebanyakan orang biasa sahaja. Bangun pagi pergi kerja, petang balik kerja, malam bersama kawan-kawan dan keluarga, buat hal sendiri, tiada lagi fikir berkenaan politik dan mesyuarat sana sini. Tetapi jiwa dan kehidupan yang sudah terbiasa dengan organisasi ini tidak mampu untuk bertindak demikian.

Lagi pula apabila memikirkan yang sudah berada di arena ini hampir 8 tahun tetapi pengakhiran jalan ceritanya tidak memberi sebarang makna. Inshaa Allah, saya tidak menjanjikan apa-apa, tetapi apa yang menjadi Harapan saya adalah GPMS akan kembali bertanding dan menjadi wadah utama perjuangan orang Melayu untuk terus mempertahankan dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

Akhirnya, saya bukanlah orang hebat, tetapi saya merasa bangga apabila dapat bersama-sama orang hebat di sekeliling. Ibarat penjual minyak wangi yang sentiasa berbau harum.

Ungkapan "perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama" juga menjadi pegangan hidup saya. Semoga dipermudahkan. Amin.

No comments:

Post a Comment