Followers

Thursday, September 27, 2012

Laporan Pak Abu The Series

Akhirnya aku berkesempatan juga untuk mengupdate blog yang dah nak bersawang ni. Lama juga rasanya dah x jadi blogwalking. Sibuk denga  facebook je. Tapi kini aku akan cuba untuk terus menulis dalam ruangan maya ni.

Alhamdulillah hampir sepenggal aku menggalas jawatan YDP GPMS UNISEL BJ, jumlah keahlian semakin meningkat, jumlah program juga semakin meningkat, jumlah pengaruh juga semakin meningkat. sememangnya aku dipermudahkan tugas dengan dibantu oleh ramai sahabat2 dalam GPMS ini. bukan di peringkat UNISEL sahaja malah ke peringkat Kebangsaan juga aku akan cuba menaikkan nama GPMS UNISEL BJ.

Walaupun banyak kontroversi dan spekulasi mengenai GPMS tetapi ikatan ukhwah antara ahli2 tetap dapat menyatupadukan semula ikatan yang sudah terbina ini malah menjadikannya semakin lebih akrab. Seperti bak kata Laksamana Alam Warisan "di alam warisan ini, tiada ketakutan, yg ada hanyalah kasih dan sayang". Ikatan kasih sayang yang diterapkan dalam GPMS UNISEL BJ ini menjadikannya satu kekuatan untuk GPMS terus kukuh bertapak di UNISEL. Malah menjadi perhatian dan rujukan persatuan2 lain untuk membina hubungan diplomasi sesama persatuan.

Saat ini adalah merupakan minggu ke 5 untuk semester ini, tetapi GPMS UNISEL BJ sudah pun melaksanakn program yang begitu mendapat sambutan ramai baik pelajar mahupun staff. Antara program2 yang sudah dijalankan ialah :
1) Operasi Khidmat Masyarakat (4 Ogos)
2) Iftar Jamaie (9 Ogos)
3) Karnival Merdeka Raya (12&13 Sept)
4) Sukaneka Anak Gen-Q di Puchong (15 Sep)
5) Karnival Sukan GPMS (21-23 Sept)

Dan program terbaru yang akan dijalankan pada 28 Sept ni di Sg Chilling iaitu Team Building ahli baru GPMS UNISEL BJ. Manakala 4 orang wakil daripada GPMS UNISEL BJ akan menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi dan Mesyuarat Pemimpin Muda di Institut Latihan KEMAS di Kuala Lumpur. 4 orang wakil tersebut ialah Pak Abu (YDP), Rafidah (S/U), Hafizuddin (Exco Keusahawanan) dan Farith Azman (Mentee GPMS).

Wednesday, May 2, 2012

PERHIMPUNAN BERSIH


Isu BERSIH semakin menjadi-jadi kisahnya ketika ini. Daripada pihak kerajaan mencela sehabis mungkin peristiwa hitam tersebut manakala daripada pihak pembangkang seakan-akan seperti telah menjuarai rakyat apabila Berjaya menghuruharakan negara. Sebelum kita bicara isu BERSIH ini mari kita kaji dulu apakah yang dituntut dalam perhimpunan ini..

8 TUNTUTAN PERHIMPUNAN BERSIH

  Bersihkan senarai undi
 Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
kukuhkan institusi awam
hentikan politik kotor



Berikut adalah jawapan dari SPR berkaitan tuntutan-tuntutan BERSIH ini.

1) senarai pengundi berdaftar
            - daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemaskini mengikut rekod JPN sahaja iaitu alamat pada Mykad pengundi bermula 2002.
            - menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
            - Seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampong halamannya bukan ditempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas 3 bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
            - SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja. Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanangkan kononnya ada pengundi hantu.
            - hakikatnya tiada daftar pengundi di dunai yang bersih 100% memandangkan factor seperti kematian adalah suatu yang tidak boleh dijangkakan.

2) Undi pos
            - SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
            - pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untus petugas media.
            - SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan melaksankan undian awal mulai PRU 13.
            - wakil parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambaikan itu.

3) penggunaan dakwat hitam
            - amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ialah system 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki system seperti Mykad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.
            - penggunaan dakwat juga bercanggah dengan perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
            - SPR juga pertimbangkan untuk gunakan system biometric dan mengikut maklumat asal JPN.

4) 21hari kempen
            - tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan reality negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat keranan kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
            - di negara luar seperti Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.

Tuntutan lain lebih merupakan tuduhan politi semata-mata.


Begitu la kisahnya isu BERSIH ini. Dan setelah membuat beberapa survey, berikut adalah diantara komentar-komentar yang ingin saya coretkan disini. Hasil kajian penyelidikan ini telah dibuat menggunakan SMS sahaja dan respondennya adalah orang-orang yang ada dalam senarai phone saya yang majoritinya adalah mahasiswa UNISEL Bestari Jaya.

1)    Malaysia ni macam dah xaman da, rakyat puun makin teruk, malu la org luar tgk, makin menjadi2..(017921++++)

2)    Saya setuju dgn HANYA SESETENGAH tuntutan mereka, tetapi! Perbuatan mereka kurang menunjukkan tuntutan mereka..(013326++++)

3)    Makna bersih 2 sendiri bagus tp bila tgk dari luarannya kurang memuaskan sbb tgk hanya sia2 smate.kesian tgk ade yg cedera..(017659++++)

4)    Dari muka dan wajahnya, apa yg diminta oleh mereka ada bagusnya.namun dari isi atau niat disebaliknya,wallahua’lam..(013997++++)

5)    Xpatut!mengotorkan negara kita yg sedia maklum semua tahu negara kita negara yang aman damai.memalukan je buat demonstrasi yg x bersih ni..(019292++++)

6)    Xsokong langsung..memperjudikan keamanan negara..(012930++++)

7)    X menyokong 100% sebab dorg menghuruharakan negara..tgk berita td dorg mcm org yg xde akal buat tindakan..menjahanamkan harta..org luar respek Malaysia sebab Malaysia aman tp bila da macam ni org pun takut nak datang Malaysia..1 lagi nak menyokong ambiga 2 buat ape..die bukan melayu n islam..dan kebanyakannya yg sertai bersih ni melayu..(013407++++)

8)    Pendapat aku kata xberape bersih sebab ade kepentingan orang atasnya..(019550++++)

9)    Pandangan saya, perhimpunan ini tak wajar sebab memalukan negara Malaysia di mata dunia dan menyusahkan banyak pihak.harap dorg insaf.jgn terlalu fanatic dgn politik.agama itu patut diutamakan drpd politik..(017679++++)

10) Saya menyokong penuh, sekiranya tiada provokasi dari pihak yg menghadiri..dgn provokasi, kita x boleh salahkan pihak yg melatah dgn provokasi yg kita timbulkan..(012657++++)

11) Bagi pendapat saya, berbalik kpd pengerusi bersih yg diketuai oleh ambiga..kita sedia tahu ambiga juga mencanangkan LGBT.bagaimana kita boleh bersekongkol dgn org yg memperjuangkan LGBT. Sepatutnya kita patut sebagai umat islam bersihkan dahulu LGBT kerana ini isu akidah dan isu agama yg melanda dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya umat islam khususnya org melayu..(013284++++)

12) Niat mereka baiik kerana mahu system pilihanraya yg telus dan xde penyelewengan. Tapi cara mereka utk capai niat itu yg salah. Perhimpunan dan demo bukan cara yg terbaik. Sila baca sejarah tentang bagaimana demo yg radikal menjatuhkan sesebuah bangsa dan negara dikemudian hari..(012910++++)

13) Kalau dari ana 3.0 kali ini lebih kearah duduk dan tuntutannya sama macam 2.0, dari sudut keadaannya, Malaysia negara demokrasi, perlu beri ruang pada semua lapisan rakyat ketengahkan suaranya, cth semalam isu bersih ini memberi kemudaratan dari sudut jem, utk mengelakkan cadangan seperti buat satu laluan khas pintu masuk ke kl, pihak media perlu telus, be fair seperti mana kerajaan cuba laksanakan 1 malaysia dan pihak atas patut bagi ruang pada hak rakyat bukat sekat, perlu berlapang dada dan bersangka baik..(013704++++)

14) Nak komen mcm ni je boleh?BERSIH seharusnya tampil dengan BERSIH..(014515++++)

15) Bagi aku selagi mane kita duduk kat Malaysia ni dan berstatus warganegara, xperlulah untuk kita provoke sebab aku hormat pada PM sebab die pemimpin aku..(016707++++)

16) Pendapat saya, himpunan bersih ni buang masa je.bukannya dapat ape pun..(013676++++)

17) Bagi aku perhimpunan bersih ini banyak bagi impak negative..(014880++++)

18) Bersih ni menunjukkan kelemahan mentality rakyat Malaysia khasnya orang melayu..walaupun menuntut perkara yg baik dan mempunyai tujuan yg baik namun caranya adalah salah..bersih lebih memperlihatkan keoentingan dan sifat kepartian berbanding kepentingan rakyat secara umum.yg paling penting sekali org melayu ikut telunjuk paria ambiga tu nak jadi ape ntah..(013277++++)

19) Semakin lama saya mencari kebenaran, semakin dekat saya denganNYA..insyaAllah..(019272++++)

20) Bagi saya matlamat perhimpunan 2 betul tp cara mereka ternyata salah..perhimpunan yg dikatakan aman berakhir dgn pelbagai insiden..kekecohan berlaku sana sini dan putar belit cerita pun berlaku..mereka menyalahkan pihak berkuasa dalam hal ini..bagi saya pihak berkuasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.jika arahan tidak diendah oleh peserta perhimpunan maka mereka terpaksa mengambil tindakan..pihak bertanggungjawab dah bagi kebenaran jika perhimpunan dilaksanakan di stadium tetapi mereka berkeras nak buat di dataran. Kesimpulannya jika mereka buat ditempat yg dibenarkan kekecohan ni xkan berlaku..menyusahkan orang ramai..kawan saya sendiri yg berada disana ketika buat liputan, mereka melihat yg naik sheikh atau yg merusuh majoritinya org melayu..yg bangsa lain Cuma bersorak dan laluan mereka dari pudu sentral melalui maybank dan seterusnya menuju ke masjid jamek dan dataran merdeka..mereka tidak berarak langsung dari petaling street. Nampak sangat disitu mereka tidak mengacau perniagaan di petaling street  yg majoritinya org cina..tetapi mereka mengganggu periuk nasi org melayu yg majoritinya berniaga di masjid jamek..(017630++++)

Thursday, March 8, 2012

Train of Trainee (TOT)

PERHIMPUNAN MAHASISWA MELAYU


TENTATIF PROGRAM PERJUMPAAN AHLI GPMS DAN MAHASISWA UNISEL

745 PM : Ketibaan tetamu

800 PM : Ketibaan tetamu VIP

815 PM : Ucapan aluan pengerusi majlis

-Nyanyian lagu negaraku

-Nyanyian lagu rasmi GPMS

-Bacaan mukadimah GPMS

-Bacaan Doa

830 PM : Ucapan pengarah program

840 PM : Tayangan montaj

850 PM : Ucapan tetamu jemputan

-En. Hishamuddin

(naib presiden GPMS kebangsaan)

1030 PM : Majlis penutup

1100 PM : Jamuan dan bersurai


Festival Martial Art

Alhamdulillah bersempena dengan festival martial art yang berlangsung pada 27hb - 29hb Februari 2012 tempoh hari GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya telah mengambil bahagian dengan membuat jualan dan membuka kaunter pendaftaran ahli baru.

Festival yang berlangsung selama tiga hari ini dijalankan di dewan biru dengan kerjasama pihak Jana Niaga dan UNISEL. Persatuan-persatuan pertahanan diri di UNISEL ini telah membuat persembahan pada setiap malam untuk memperkenalkan persatuan mereka dan GPMS melihat ianya adalah satu peluang untuk memperkenalkan GPMS kepada mahasiswa di UNISEL ini dengan membuka kaunter.

Hasilnya selama tiga hari tersebut, GPMS berjaya menarik ahli baru seramai 28 orang dan berjaya menghabiskan barang jualan sebanyak 90 peratus dan keuntungan daripada hasil jualan tersebut akan digunakan untuk perjalanan program kelak yang bakal dilaksanakan.

Ketika berlangsungnya festival ini, booth GPMS juga adalah booth yang paling meriah sekali dan ternyata kerja keras semua ahli GPMS membuahkan hasil dan memecahkan suasana didalam dewan dengan gelagat dan pujuk rayu ahli-ahli untuk memikat hati mahasiswa yang lalu lalang untuk singgah di booth.

Keadaan ini juga adalah satu medium dimana kesemua ahli GPMS dapat bertemu dan sama-sama membincangkan perkara yang akan datang.

Akhir sekali diucapkan tahniah kepada semua ahli diatas kerja keras ini dan diharapkan usaha anda semua membuahkan hasil dan mendapat berkat Ilahi.

Wednesday, February 15, 2012

Leftenan Adnan


Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu sama seperti saya tetapi apabila siaran dalam buletin utama tadi telah memberitahu bahawa tarikh 14 Feb juga adalah tarikh kematian Leftenan Adnan.

Siapa yang tidak kenal dengan Leftenan Adnan. Sebut sahaja namanya pasti semua warga Malaysia tahu. Bagi yang tidak kenal dengan nama tersebut pasti ada salah silapnya ketika di zaman sekolah. Keberanian Leftenan Adnan dan sahabat-sahabatnya yang bertempur bermati-matian menjadi sejarah yang tidak mungkin dihapuskan. Semangat juangnya begitu membara ketika menentang askar Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu.

Keberanian Leftenan Adnan turut diakui oleh General Yamshita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan "jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Mlaya tidak jatuh ke tangan Jepun".

Pada tanggal 14 Feb, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dan marilah kita hadiahkan sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.

Tuesday, February 14, 2012

Valentine Day

14 feb adalah hari berkasih sayang sedunia dimana pasangan kekasih akan menyambutnya untuk membuktikan kasih sayang mereka dan meraikan hubungan mereka. Pada hari tersebut pastinya ramai yang menantikan hadiah istimewa daripada pasangannya dan pelbagai aktiviti yang menarik dirancang bagi menyemarakkan lagi hubungan cinta mereka.

Tetapi bagi umat islam adalah DILARANG sama sekali untuk menyambut hari tersebut kerana mengikut sejarah Valentines adalah paderi yang mencabar agama Islam. Tumbangnya kerajaan Ilam Sepanyol dirayakan sebagai hari Valentine.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sejarah Valentine Day : klik disini

Monday, February 13, 2012

Rehlah Ukhwah


Pada tarikh 12.2.2012 GPMS UNISEL BJ telah mengadakan satu aktiviti iaitu Rehlah Ukhwah di Sg Chilling. Seramai 30 lebih ahli telah mengikuti aktiviti ini termasuklah alumni. Aktiviti yang dijalankan selama sehari ini telah berjaya merapatkan lagi ukhwah yang terbina sesama ahli.

Sebanyak 5 buah kereta telah memulakan perjalanan ke Sg Chilling dari Unisel dan bertambah lagi 3 buah kereta semasa dalam perjalanan ke sana. Walaupun tidak ada peruntukan khas atau dana bagi menjayakan aktiviti ini tetapi atas kesedaran dan semangat ahli, aktiviti ini berjaya dilakukan.

Dari kaunter pendaftaran kami memulakan perjalanan trekking ke arah Bukit Kutu dahulu sebelum berpatah balik menuju ke Air Terjun Sg Chilling. Ini kerana di satu puncak di salah satu bukit di sana telah diadakan satu aktiviti asas pengucapan awam secara praktikal oleh ahli-ahli yang telah mengikuti program Operasi Tawan Kota untuk memberi semangat dan menaikkan semula semangat semua ahli. Semangat yang ada ini haruslah sentiasa digilap kerana jika ianya tidak digilap semangat itu sedikit-sedikit akan pudar dan akhirnya pudar.

Kemudiannya apabila berada di Air Terjun Sg Chilling semasa aktiviti mandi-manda, Ahli keluarga GPMS UNISEL BJ ini telah berjaya menggamamkan pengunjung yang lain dengan menyanyikan lagu Negaraku, GPMS dan Mahameru diatas batu dikawasan air terjun. Keadaan ini membuatkan semangat yang ada dalam diri terus membara.

Sesudah selesai aktiviti di Sg Chilling, sebelum menuju pulang ke UNISEL kami singgah dahulu makan di restoran yang dimilik oleh cina muslim Kuala Kubu Baru. Hampir kesemua ruang yang ada dalam kedai tersebut telah dipenuhi oleh kami.

Seterusnya kami meneruskan aktiviti tambahan kami dengan melawat saudara Hazmin iaitu salah seorang ahli keluarga GPMS UNISEL BJ yang telah mengalami satu penyakit misteri di rumahnya di Kampung Bestari Jaya. Kebetulan apabila sampai di rumahnya, seorang ustaz sedang mengubati beliau dan kami bersama-sama membaca surah yasin dan bebarapa ayat Al Quran yang lain dengan harapan agar penyakitnya dapat disembuhkan dengan izin Allah. Semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah.


Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul 1433

Alhamdulillah selawat dan salam kepada Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat sekaliannya. Sambutan Maulidur Rasul kali ini yang bertemakan 'Persefahaman asas perpaduan ummah' amatlah sesuai ketika ini dimana senario tanah air bumi tercinta ini dipenuhi dengan persalahan faham dari pelbagai sudut.

Setelah 1433 tahun Nabi Muhammad SAW dilahirkan, sambutan menyambut hari keputeraan baginda masih lagi diamalkan sehingga kini walaupun baginda sudah wafat. Kelahiran baginda menjadi seribu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan Allah yang terakhir. Kelahiran baginda juga menjadi satu peristiwa yang penting buat umat Islam.

Pada hari Maulidur Rasul ini, umat islam amatlah disarankan untuk memperingati dan menghayati akan perjuangan baginda Rasulullah dalam pengorbanan baginda menyebarkan islam ke seluruh pelosok dunia.

4 sifat mulia Muhammad ialah Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathanah amatlah sesuai untuk kita jadikan panduan hidup kita. Semoga ciri-ciri keperibadian Muhammad ini dapat kita praktikkan untuk kesejagatan ummah.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Tuesday, January 31, 2012

kursus lanjutan

Alhamdulillah akhirnya peserta-peserta dari GPMS UNISEL BJ ini yang seramai orang telah berjaya mengahbiskan kursus lanjutan atau lebih dikenali dengan nama advance atau 'operasi tawan kota' yang dianjurkan oleh GPMS UITM Shah Alam. Peserta ini ialah Izuan Azim, Khairul Fadhli, Hisyam, Hafizuddin, Hazmin, Faizal Razali, Syafiq, Rafidah, Suriati dan Mimy.

Operasi yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka ini adalah satu kursus dimana peserta akan diuji kekuatan mental dan tekanan perasaan. Gerakan-gerakan atau gerak kerja khusus akan diajar didalam kursus ini.

Kesemua peserta dari BJ ini adalah sebahagian dari MT dan EXCO untuk barisan kepimpinan EXCO ke5. Kursus ini boleh juga dikatakan sebagai permulaan untuk barisan kepimpinan ini membuat kursus yang sama untuk ahli-ahli GPMS dari UNISEL BJ ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan elit GPMS UNISEL BJ ini.

Thursday, January 19, 2012

family day "seuntai kata untuk dirasa"


Pada 14 & 15 Januari 2012 bertempat di Bayu Beach Resort Port Dickson telah diadakan hari keluarga GPMS UNISEL BJ dengan tema "seuntai kasih untuk dirasa". Program yang telah dikendalikan oleh ahli-ahli baru GPMS UNISEL BJ adalah program pertama untuk tahun 2012 ini.

Kehadiran ahli-ahli GPMS UNISEL BJ untuk program ini sangat menggalakkan kerana sambutan yang diberikan oleh alumni juga telah menjadi sebagai pembakar semangat untuk ahli-ahli beramah mesra sekaligus suai kenal diantara ahli-ahli baru dan senior GPMS UNISEL BJ.

Aktiviti yang disediakan untuk family day ini ialah sukaneka tradisional di kawasan pantai. Ini membuatkan tenaga ahli-ahli semua dikerah untuk keriangan bersama. Acara bebas ditempat pantai juga sangat menarik apabila ada yang bermain bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk bermandi di tepi pantai dan bermain banana bot.

Pada sebelah malamnya pula diadakan pula acara BBQ bersama-sama senior dan alumni. Malah turut dihadiri oleh naib presiden GPMS kebangsaan iaitu Abg Syam. Dengan peluang yang terbuka itu maka diberi slot untuk Abg Syam berkongsi pengalaman dan menceritakan sedikit sejarah yang berkaitan Tanah Melayu.

Ini adalah hari keluarga GPMS UNISEL BJ buat kali pertama dan diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada masa hadapan sekaligus menjadikan ianya warisan program.