
Pada tarikh 12.2.2012 GPMS UNISEL BJ telah mengadakan satu aktiviti iaitu Rehlah Ukhwah di Sg Chilling. Seramai 30 lebih ahli telah mengikuti aktiviti ini termasuklah alumni. Aktiviti yang dijalankan selama sehari ini telah berjaya merapatkan lagi ukhwah yang terbina sesama ahli.
Sebanyak 5 buah kereta telah memulakan perjalanan ke Sg Chilling dari Unisel dan bertambah lagi 3 buah kereta semasa dalam perjalanan ke sana. Walaupun tidak ada peruntukan khas atau dana bagi menjayakan aktiviti ini tetapi atas kesedaran dan semangat ahli, aktiviti ini berjaya dilakukan.
Dari kaunter pendaftaran kami memulakan perjalanan trekking ke arah Bukit Kutu dahulu sebelum berpatah balik menuju ke Air Terjun Sg Chilling. Ini kerana di satu puncak di salah satu bukit di sana telah diadakan satu aktiviti asas pengucapan awam secara praktikal oleh ahli-ahli yang telah mengikuti program Operasi Tawan Kota untuk memberi semangat dan menaikkan semula semangat semua ahli. Semangat yang ada ini haruslah sentiasa digilap kerana jika ianya tidak digilap semangat itu sedikit-sedikit akan pudar dan akhirnya pudar.
Kemudiannya apabila berada di Air Terjun Sg Chilling semasa aktiviti mandi-manda, Ahli keluarga GPMS UNISEL BJ ini telah berjaya menggamamkan pengunjung yang lain dengan menyanyikan lagu Negaraku, GPMS dan Mahameru diatas batu dikawasan air terjun. Keadaan ini membuatkan semangat yang ada dalam diri terus membara.
Sesudah selesai aktiviti di Sg Chilling, sebelum menuju pulang ke UNISEL kami singgah dahulu makan di restoran yang dimilik oleh cina muslim Kuala Kubu Baru. Hampir kesemua ruang yang ada dalam kedai tersebut telah dipenuhi oleh kami.
Seterusnya kami meneruskan aktiviti tambahan kami dengan melawat saudara Hazmin iaitu salah seorang ahli keluarga GPMS UNISEL BJ yang telah mengalami satu penyakit misteri di rumahnya di Kampung Bestari Jaya. Kebetulan apabila sampai di rumahnya, seorang ustaz sedang mengubati beliau dan kami bersama-sama membaca surah yasin dan bebarapa ayat Al Quran yang lain dengan harapan agar penyakitnya dapat disembuhkan dengan izin Allah. Semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah.
No comments:
Post a Comment