Isu BERSIH semakin menjadi-jadi kisahnya ketika ini. Daripada pihak kerajaan mencela sehabis mungkin peristiwa hitam tersebut manakala daripada pihak pembangkang seakan-akan seperti telah menjuarai rakyat apabila Berjaya menghuruharakan negara. Sebelum kita bicara isu BERSIH ini mari kita kaji dulu apakah yang dituntut dalam perhimpunan ini..
8 TUNTUTAN PERHIMPUNAN BERSIH
Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
kukuhkan institusi awam
hentikan politik kotor
Berikut adalah jawapan dari SPR berkaitan tuntutan-tuntutan BERSIH ini.
1) senarai pengundi berdaftar
- daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemaskini mengikut rekod JPN sahaja iaitu alamat pada Mykad pengundi bermula 2002.
- menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
- Seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampong halamannya bukan ditempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas 3 bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
- SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja. Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanangkan kononnya ada pengundi hantu.
- hakikatnya tiada daftar pengundi di dunai yang bersih 100% memandangkan factor seperti kematian adalah suatu yang tidak boleh dijangkakan.
2) Undi pos
- SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
- pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untus petugas media.
- SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan melaksankan undian awal mulai PRU 13.
- wakil parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambaikan itu.
3) penggunaan dakwat hitam
- amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ialah system 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki system seperti Mykad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.
- penggunaan dakwat juga bercanggah dengan perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
- SPR juga pertimbangkan untuk gunakan system biometric dan mengikut maklumat asal JPN.
4) 21hari kempen
- tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan reality negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat keranan kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
- di negara luar seperti Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.
Tuntutan lain lebih merupakan tuduhan politi semata-mata.
Begitu la kisahnya isu BERSIH ini. Dan setelah membuat beberapa survey, berikut adalah diantara komentar-komentar yang ingin saya coretkan disini. Hasil kajian penyelidikan ini telah dibuat menggunakan SMS sahaja dan respondennya adalah orang-orang yang ada dalam senarai phone saya yang majoritinya adalah mahasiswa UNISEL Bestari Jaya.
1) Malaysia ni macam dah xaman da, rakyat puun makin teruk, malu la org luar tgk, makin menjadi2..(017921++++)
2) Saya setuju dgn HANYA SESETENGAH tuntutan mereka, tetapi! Perbuatan mereka kurang menunjukkan tuntutan mereka..(013326++++)
3) Makna bersih 2 sendiri bagus tp bila tgk dari luarannya kurang memuaskan sbb tgk hanya sia2 smate.kesian tgk ade yg cedera..(017659++++)
4) Dari muka dan wajahnya, apa yg diminta oleh mereka ada bagusnya.namun dari isi atau niat disebaliknya,wallahua’lam..(013997++++)
5) Xpatut!mengotorkan negara kita yg sedia maklum semua tahu negara kita negara yang aman damai.memalukan je buat demonstrasi yg x bersih ni..(019292++++)
6) Xsokong langsung..memperjudikan keamanan negara..(012930++++)
7) X menyokong 100% sebab dorg menghuruharakan negara..tgk berita td dorg mcm org yg xde akal buat tindakan..menjahanamkan harta..org luar respek Malaysia sebab Malaysia aman tp bila da macam ni org pun takut nak datang Malaysia..1 lagi nak menyokong ambiga 2 buat ape..die bukan melayu n islam..dan kebanyakannya yg sertai bersih ni melayu..(013407++++)
8) Pendapat aku kata xberape bersih sebab ade kepentingan orang atasnya..(019550++++)
9) Pandangan saya, perhimpunan ini tak wajar sebab memalukan negara Malaysia di mata dunia dan menyusahkan banyak pihak.harap dorg insaf.jgn terlalu fanatic dgn politik.agama itu patut diutamakan drpd politik..(017679++++)
10) Saya menyokong penuh, sekiranya tiada provokasi dari pihak yg menghadiri..dgn provokasi, kita x boleh salahkan pihak yg melatah dgn provokasi yg kita timbulkan..(012657++++)
11) Bagi pendapat saya, berbalik kpd pengerusi bersih yg diketuai oleh ambiga..kita sedia tahu ambiga juga mencanangkan LGBT.bagaimana kita boleh bersekongkol dgn org yg memperjuangkan LGBT. Sepatutnya kita patut sebagai umat islam bersihkan dahulu LGBT kerana ini isu akidah dan isu agama yg melanda dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya umat islam khususnya org melayu..(013284++++)
12) Niat mereka baiik kerana mahu system pilihanraya yg telus dan xde penyelewengan. Tapi cara mereka utk capai niat itu yg salah. Perhimpunan dan demo bukan cara yg terbaik. Sila baca sejarah tentang bagaimana demo yg radikal menjatuhkan sesebuah bangsa dan negara dikemudian hari..(012910++++)
13) Kalau dari ana 3.0 kali ini lebih kearah duduk dan tuntutannya sama macam 2.0, dari sudut keadaannya, Malaysia negara demokrasi, perlu beri ruang pada semua lapisan rakyat ketengahkan suaranya, cth semalam isu bersih ini memberi kemudaratan dari sudut jem, utk mengelakkan cadangan seperti buat satu laluan khas pintu masuk ke kl, pihak media perlu telus, be fair seperti mana kerajaan cuba laksanakan 1 malaysia dan pihak atas patut bagi ruang pada hak rakyat bukat sekat, perlu berlapang dada dan bersangka baik..(013704++++)
14) Nak komen mcm ni je boleh?BERSIH seharusnya tampil dengan BERSIH..(014515++++)
15) Bagi aku selagi mane kita duduk kat Malaysia ni dan berstatus warganegara, xperlulah untuk kita provoke sebab aku hormat pada PM sebab die pemimpin aku..(016707++++)
16) Pendapat saya, himpunan bersih ni buang masa je.bukannya dapat ape pun..(013676++++)
17) Bagi aku perhimpunan bersih ini banyak bagi impak negative..(014880++++)
18) Bersih ni menunjukkan kelemahan mentality rakyat Malaysia khasnya orang melayu..walaupun menuntut perkara yg baik dan mempunyai tujuan yg baik namun caranya adalah salah..bersih lebih memperlihatkan keoentingan dan sifat kepartian berbanding kepentingan rakyat secara umum.yg paling penting sekali org melayu ikut telunjuk paria ambiga tu nak jadi ape ntah..(013277++++)
19) Semakin lama saya mencari kebenaran, semakin dekat saya denganNYA..insyaAllah..(019272++++)
20) Bagi saya matlamat perhimpunan 2 betul tp cara mereka ternyata salah..perhimpunan yg dikatakan aman berakhir dgn pelbagai insiden..kekecohan berlaku sana sini dan putar belit cerita pun berlaku..mereka menyalahkan pihak berkuasa dalam hal ini..bagi saya pihak berkuasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.jika arahan tidak diendah oleh peserta perhimpunan maka mereka terpaksa mengambil tindakan..pihak bertanggungjawab dah bagi kebenaran jika perhimpunan dilaksanakan di stadium tetapi mereka berkeras nak buat di dataran. Kesimpulannya jika mereka buat ditempat yg dibenarkan kekecohan ni xkan berlaku..menyusahkan orang ramai..kawan saya sendiri yg berada disana ketika buat liputan, mereka melihat yg naik sheikh atau yg merusuh majoritinya org melayu..yg bangsa lain Cuma bersorak dan laluan mereka dari pudu sentral melalui maybank dan seterusnya menuju ke masjid jamek dan dataran merdeka..mereka tidak berarak langsung dari petaling street. Nampak sangat disitu mereka tidak mengacau perniagaan di petaling street yg majoritinya org cina..tetapi mereka mengganggu periuk nasi org melayu yg majoritinya berniaga di masjid jamek..(017630++++)
No comments:
Post a Comment