Followers

Sunday, September 11, 2011

Majlis Semarak Aidilfitri 2011


Sepanjang bulan Syawal ini majlis jamuan hari raya sangatlah dinanti-nantikan oleh orang ramai. Ini adalah kerana di samping dapat melahirkan rasa kesyukuran kita terhadap Allah SWT, kita juga dapat berjumpa sahabat handai dan kenalan-kenalan lama malah dapat juga bertambah kenalan di majlis seperti ini.


GPMS UNISEL caw khas Bestari Jaya juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis jamuan hari raya atau nama penuh program Majlis Semarak Aidilfitri 2011 pada 10 september 2011 bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara ahli-ahli GPMS dan pelajar-pelajar lain di UNISEL ini. Malah kehadiran ahli-ahli GPMS UITM Shah Alam serta penasihatnya sekali membuatkan majlis ini bertambah ceria.

Kehadiran tetamu untuk majlis ini adalah dianggarkan seramai 130 orang di anjung kejuruteraan. Walaupun tidak mencapai sasaran, tetapi jumlah ini bolehlah dikatakan memuaskan kerana pada masa yang sama juga majlis-majlis jamuan hari raya ada di merata dan hujung minggu kebiasaannya pelajar-pelajar akan pulang ke kampung.


Majlis ini juga diserikan lagi dengan acara karaoke lagu raya dan 40 cabutan bertuah. Malah untuk pakaian tercantik lelaki dan perempuan juga diberi perhargaan anugerah khas. Antara penyampai-penyampai hadiahnya ialah cik Khairil Bariyyah atau lebih mesra dengan panggilan miss kb selaku penasihat GPMS UNISEL bestari Jaya dan en Ahmad Azahari atau panggilan manjanya abg joe selaku penasihat GPMS UITM Shah Alam.

Menu utama untuk Majlis Semarak Aidilfitri ini ialah nasi minyak. Ditambahkan selera pula dengan nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, mee hun goreng singapura, kuah gulai nenas, kuih ketayap dan karipap. Disamping hidangan kuih-kuih raya. Perhargaan berbanyak-banyak terima kasih kepada alumni-alumni GPMS UNISEL BJ di atas sumbangan wang ringgit mereka bagi menjayakan majlis ini.
majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku,lagu GPMS, dan mukadimah GPMS.
pengarah program dan YDP GPMS UNISEL BJ bersama tetamu undangan dari UITM Shah Alam
tetamu VIP yang kelihatan Abg Joe sekeluarga, Miss KB, Abg Haidir, dan Abg Jijut.

tetamu majlis sedang menikmati hidangan

1 comment: