Akhirnya aku berkesempatan juga untuk mengupdate blog yang dah nak bersawang ni. Lama juga rasanya dah x jadi blogwalking. Sibuk denga facebook je. Tapi kini aku akan cuba untuk terus menulis dalam ruangan maya ni.
Alhamdulillah hampir sepenggal aku menggalas jawatan YDP GPMS UNISEL BJ, jumlah keahlian semakin meningkat, jumlah program juga semakin meningkat, jumlah pengaruh juga semakin meningkat. sememangnya aku dipermudahkan tugas dengan dibantu oleh ramai sahabat2 dalam GPMS ini. bukan di peringkat UNISEL sahaja malah ke peringkat Kebangsaan juga aku akan cuba menaikkan nama GPMS UNISEL BJ.
Walaupun banyak kontroversi dan spekulasi mengenai GPMS tetapi ikatan ukhwah antara ahli2 tetap dapat menyatupadukan semula ikatan yang sudah terbina ini malah menjadikannya semakin lebih akrab. Seperti bak kata Laksamana Alam Warisan "di alam warisan ini, tiada ketakutan, yg ada hanyalah kasih dan sayang". Ikatan kasih sayang yang diterapkan dalam GPMS UNISEL BJ ini menjadikannya satu kekuatan untuk GPMS terus kukuh bertapak di UNISEL. Malah menjadi perhatian dan rujukan persatuan2 lain untuk membina hubungan diplomasi sesama persatuan.
Saat ini adalah merupakan minggu ke 5 untuk semester ini, tetapi GPMS UNISEL BJ sudah pun melaksanakn program yang begitu mendapat sambutan ramai baik pelajar mahupun staff. Antara program2 yang sudah dijalankan ialah :
1) Operasi Khidmat Masyarakat (4 Ogos)
2) Iftar Jamaie (9 Ogos)
3) Karnival Merdeka Raya (12&13 Sept)
4) Sukaneka Anak Gen-Q di Puchong (15 Sep)
5) Karnival Sukan GPMS (21-23 Sept)
Dan program terbaru yang akan dijalankan pada 28 Sept ni di Sg Chilling iaitu Team Building ahli baru GPMS UNISEL BJ. Manakala 4 orang wakil daripada GPMS UNISEL BJ akan menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi dan Mesyuarat Pemimpin Muda di Institut Latihan KEMAS di Kuala Lumpur. 4 orang wakil tersebut ialah Pak Abu (YDP), Rafidah (S/U), Hafizuddin (Exco Keusahawanan) dan Farith Azman (Mentee GPMS).