Apabila tiba musim perayaan pastilah lokasi yang menjadi tumpuan antaranya adalah di Jalan TAR Kuala Lumpur. Kami sebahagian warga GPMS UNISEL BJ juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lokasi iti pada hari sabtu lepas bersamaan 20 ogos 2011. Kami yang dimaksudkan adalah aku sendiri, Qamarul, Fahim, Hafiz Adrie, Wind, Syam, Dila, Umi, Bahirah, dan 2 orang lagi adik Qamarul.
Pada mulanya aku bercadang mahu pergi dengan Dila, Ana, dan Hajar, tapi at last Ana dan hajar tidak dapat ikut serta dan digantikan pula oleh tuhan dengan kawan-kawan yang lebih ramai. Kami pergi ke sana menaiki LRT di stesen Asia Jaya. kemudian kami turun di stesen Masjid Jamek. Sampai je disana kami mencari juadah berbuka dulu di area Jalan Masjid India dan kami singgah berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid India.

Selepas itu lebih kurang pada pukul 8 malam, kami pun mulalah beroperasi mencari pakaian raya di Jalan Masjid India, Jalan masjid Jamek dan Jalan TAR. Kami banyak menghabiskan masa di jalan TAR. Dan keadaan manusia di sana sangatlah sesak. Berhimpit-himpit kami berjalan meneruskan pencarian.
Disebabkan kami menaiki LRT, jadi masa yang ada sangatlah singkat. sedar-sedar je jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 10. Tren LRT yang last adalah pada pukul 11 malam. Jadi kami pun bergesa-gesalah menghabiskan pencarian terakhir dan menuju ke LRT stesen Masjid Jamek semula.
Akhirnya aku berjaya mendapatkan sebuah songkok sahaja.ha ha ha.. masa yang diperuntukkan selama 2 jam itu sangatlah tidak mencukupi untuk membeli sepasang baju raya complete set dari hujung kepala ke hujung kaki. Mungkin disebabkan kesesakan manusia disana atau datang pada masa yang tidak sesuai iaitu masa maghrib ataupun juga datang menaiki tren yang membuatkan kami mengejar masa dan juga tren.
Apa-apa pun hubungan yang erat antara kami warga GPMS ini wajarlah dipupuk lagi supaya ianya menjadi permulaan untuk membuatkan GPMS di UNISEL BJ ini menjadi badan yang kukuh dan yang terbaik.