Followers

Wednesday, February 15, 2012

Leftenan Adnan


Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu sama seperti saya tetapi apabila siaran dalam buletin utama tadi telah memberitahu bahawa tarikh 14 Feb juga adalah tarikh kematian Leftenan Adnan.

Siapa yang tidak kenal dengan Leftenan Adnan. Sebut sahaja namanya pasti semua warga Malaysia tahu. Bagi yang tidak kenal dengan nama tersebut pasti ada salah silapnya ketika di zaman sekolah. Keberanian Leftenan Adnan dan sahabat-sahabatnya yang bertempur bermati-matian menjadi sejarah yang tidak mungkin dihapuskan. Semangat juangnya begitu membara ketika menentang askar Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu.

Keberanian Leftenan Adnan turut diakui oleh General Yamshita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan "jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Mlaya tidak jatuh ke tangan Jepun".

Pada tanggal 14 Feb, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dan marilah kita hadiahkan sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.

Tuesday, February 14, 2012

Valentine Day

14 feb adalah hari berkasih sayang sedunia dimana pasangan kekasih akan menyambutnya untuk membuktikan kasih sayang mereka dan meraikan hubungan mereka. Pada hari tersebut pastinya ramai yang menantikan hadiah istimewa daripada pasangannya dan pelbagai aktiviti yang menarik dirancang bagi menyemarakkan lagi hubungan cinta mereka.

Tetapi bagi umat islam adalah DILARANG sama sekali untuk menyambut hari tersebut kerana mengikut sejarah Valentines adalah paderi yang mencabar agama Islam. Tumbangnya kerajaan Ilam Sepanyol dirayakan sebagai hari Valentine.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sejarah Valentine Day : klik disini

Monday, February 13, 2012

Rehlah Ukhwah


Pada tarikh 12.2.2012 GPMS UNISEL BJ telah mengadakan satu aktiviti iaitu Rehlah Ukhwah di Sg Chilling. Seramai 30 lebih ahli telah mengikuti aktiviti ini termasuklah alumni. Aktiviti yang dijalankan selama sehari ini telah berjaya merapatkan lagi ukhwah yang terbina sesama ahli.

Sebanyak 5 buah kereta telah memulakan perjalanan ke Sg Chilling dari Unisel dan bertambah lagi 3 buah kereta semasa dalam perjalanan ke sana. Walaupun tidak ada peruntukan khas atau dana bagi menjayakan aktiviti ini tetapi atas kesedaran dan semangat ahli, aktiviti ini berjaya dilakukan.

Dari kaunter pendaftaran kami memulakan perjalanan trekking ke arah Bukit Kutu dahulu sebelum berpatah balik menuju ke Air Terjun Sg Chilling. Ini kerana di satu puncak di salah satu bukit di sana telah diadakan satu aktiviti asas pengucapan awam secara praktikal oleh ahli-ahli yang telah mengikuti program Operasi Tawan Kota untuk memberi semangat dan menaikkan semula semangat semua ahli. Semangat yang ada ini haruslah sentiasa digilap kerana jika ianya tidak digilap semangat itu sedikit-sedikit akan pudar dan akhirnya pudar.

Kemudiannya apabila berada di Air Terjun Sg Chilling semasa aktiviti mandi-manda, Ahli keluarga GPMS UNISEL BJ ini telah berjaya menggamamkan pengunjung yang lain dengan menyanyikan lagu Negaraku, GPMS dan Mahameru diatas batu dikawasan air terjun. Keadaan ini membuatkan semangat yang ada dalam diri terus membara.

Sesudah selesai aktiviti di Sg Chilling, sebelum menuju pulang ke UNISEL kami singgah dahulu makan di restoran yang dimilik oleh cina muslim Kuala Kubu Baru. Hampir kesemua ruang yang ada dalam kedai tersebut telah dipenuhi oleh kami.

Seterusnya kami meneruskan aktiviti tambahan kami dengan melawat saudara Hazmin iaitu salah seorang ahli keluarga GPMS UNISEL BJ yang telah mengalami satu penyakit misteri di rumahnya di Kampung Bestari Jaya. Kebetulan apabila sampai di rumahnya, seorang ustaz sedang mengubati beliau dan kami bersama-sama membaca surah yasin dan bebarapa ayat Al Quran yang lain dengan harapan agar penyakitnya dapat disembuhkan dengan izin Allah. Semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi ujian Allah.


Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul 1433

Alhamdulillah selawat dan salam kepada Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat sekaliannya. Sambutan Maulidur Rasul kali ini yang bertemakan 'Persefahaman asas perpaduan ummah' amatlah sesuai ketika ini dimana senario tanah air bumi tercinta ini dipenuhi dengan persalahan faham dari pelbagai sudut.

Setelah 1433 tahun Nabi Muhammad SAW dilahirkan, sambutan menyambut hari keputeraan baginda masih lagi diamalkan sehingga kini walaupun baginda sudah wafat. Kelahiran baginda menjadi seribu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan Allah yang terakhir. Kelahiran baginda juga menjadi satu peristiwa yang penting buat umat Islam.

Pada hari Maulidur Rasul ini, umat islam amatlah disarankan untuk memperingati dan menghayati akan perjuangan baginda Rasulullah dalam pengorbanan baginda menyebarkan islam ke seluruh pelosok dunia.

4 sifat mulia Muhammad ialah Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathanah amatlah sesuai untuk kita jadikan panduan hidup kita. Semoga ciri-ciri keperibadian Muhammad ini dapat kita praktikkan untuk kesejagatan ummah.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Tuesday, January 31, 2012

kursus lanjutan

Alhamdulillah akhirnya peserta-peserta dari GPMS UNISEL BJ ini yang seramai orang telah berjaya mengahbiskan kursus lanjutan atau lebih dikenali dengan nama advance atau 'operasi tawan kota' yang dianjurkan oleh GPMS UITM Shah Alam. Peserta ini ialah Izuan Azim, Khairul Fadhli, Hisyam, Hafizuddin, Hazmin, Faizal Razali, Syafiq, Rafidah, Suriati dan Mimy.

Operasi yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka ini adalah satu kursus dimana peserta akan diuji kekuatan mental dan tekanan perasaan. Gerakan-gerakan atau gerak kerja khusus akan diajar didalam kursus ini.

Kesemua peserta dari BJ ini adalah sebahagian dari MT dan EXCO untuk barisan kepimpinan EXCO ke5. Kursus ini boleh juga dikatakan sebagai permulaan untuk barisan kepimpinan ini membuat kursus yang sama untuk ahli-ahli GPMS dari UNISEL BJ ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan elit GPMS UNISEL BJ ini.

Thursday, January 19, 2012

family day "seuntai kata untuk dirasa"


Pada 14 & 15 Januari 2012 bertempat di Bayu Beach Resort Port Dickson telah diadakan hari keluarga GPMS UNISEL BJ dengan tema "seuntai kasih untuk dirasa". Program yang telah dikendalikan oleh ahli-ahli baru GPMS UNISEL BJ adalah program pertama untuk tahun 2012 ini.

Kehadiran ahli-ahli GPMS UNISEL BJ untuk program ini sangat menggalakkan kerana sambutan yang diberikan oleh alumni juga telah menjadi sebagai pembakar semangat untuk ahli-ahli beramah mesra sekaligus suai kenal diantara ahli-ahli baru dan senior GPMS UNISEL BJ.

Aktiviti yang disediakan untuk family day ini ialah sukaneka tradisional di kawasan pantai. Ini membuatkan tenaga ahli-ahli semua dikerah untuk keriangan bersama. Acara bebas ditempat pantai juga sangat menarik apabila ada yang bermain bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk bermandi di tepi pantai dan bermain banana bot.

Pada sebelah malamnya pula diadakan pula acara BBQ bersama-sama senior dan alumni. Malah turut dihadiri oleh naib presiden GPMS kebangsaan iaitu Abg Syam. Dengan peluang yang terbuka itu maka diberi slot untuk Abg Syam berkongsi pengalaman dan menceritakan sedikit sejarah yang berkaitan Tanah Melayu.

Ini adalah hari keluarga GPMS UNISEL BJ buat kali pertama dan diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada masa hadapan sekaligus menjadikan ianya warisan program.

Saturday, December 31, 2011

Opah meninggal

Pada tarikh 29hb Dis 2011 anggaran jam 0530 pagi opah aku (Hjh habsah bt Hj Tain) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah anaknya yang ke 7 di Machang, Kelantan. Jenazahnya telah dikebumikan di Gelung Pepuyu, Titi Gantung, Perak. Opah ketika kematiannya sudah pun menjangkau 86 tahun.

Opah adalah isteri ketiga Hj Yeop Majlis dan mempunyai 9 orang anak. Cucu-cucu Hj Yeop Majlis isteri pertama dan kedua memanggilnya dengan gelaran Opah Su. Menariknya jenazah opah diimamkan oleh cucunya sendiri. Sungguh bertuahnya Opah.

Semoga opah dicucuri rahmat dan keampunan Allah SWT di sana kelak. Al Fatihah.