Followers

Saturday, December 31, 2011

Opah meninggal

Pada tarikh 29hb Dis 2011 anggaran jam 0530 pagi opah aku (Hjh habsah bt Hj Tain) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah anaknya yang ke 7 di Machang, Kelantan. Jenazahnya telah dikebumikan di Gelung Pepuyu, Titi Gantung, Perak. Opah ketika kematiannya sudah pun menjangkau 86 tahun.

Opah adalah isteri ketiga Hj Yeop Majlis dan mempunyai 9 orang anak. Cucu-cucu Hj Yeop Majlis isteri pertama dan kedua memanggilnya dengan gelaran Opah Su. Menariknya jenazah opah diimamkan oleh cucunya sendiri. Sungguh bertuahnya Opah.

Semoga opah dicucuri rahmat dan keampunan Allah SWT di sana kelak. Al Fatihah.

Thursday, December 29, 2011

ERA JUNIOR

Akhirnya hajat aku untuk ke Ledang tercapai juga walaupun sudah beberapa kali tergendala sebelum ini. Sekalipun bukan sebagai peserta untuk Eksplorasi Rakan Alam (ERA) tetapi pengalaman sebagai urusetia ERA JUNIOR ini sudah pun membuatkan aku dekat dengan alam semulajadi. Banyak ilmu yang aku dapat pelajari semasa mengendalikan program ini.

ERA JUNIOR ini adalah program motivasi untuk anak yatim dan maahad tahfiz yayasan Al Ijabah. Dengan perkampungan selama 4 hari 3 malam di sana ilmu yang terdapat di dunia ini membukakan mata aku bahawa ilmu ini sangat seronok untuk dipelajari.

Bersama-sama Alumni GPMS UITM Shah Alam memberikan kami urusetia dari GPMS UNISEL BJ ini inspirasi semangat untuk terus memperjuangkan pendidikan anak bangsa. Benarlah seperti yang diperkatakan “sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan diri mereka sendiri yang merubahnya sendiri”.

‘Terbaik Dalam Segala’ adalah trademark untuk program ERA JUNIOR ini. Dari ayat tersebut sahaja sudah membuktikan bahawa kami selaku urusetia ini dan juga peserta-peserta mahu jadi yang terbaik dalam segala aspek.

Antara otai-otai GPMS yang turun untuk ERA JUNIOR ini adalah seperti Sarjan, Abg Azam, Cikgu Rauf dan juga alumni-alumni GPMS UITM Shah Alam yang lain. Sememangnya masa yang diperuntukkan untuk program ini sangatlah tidak mencukupi untuk kami menimba ilmu dengan mereka.

Perkara paling penting yang aku belajar di sana adalah strategi iaitu bermula dengan niat,diikuti pula dengan perancangan, tindakan dan diakhiri dengan berserah tawakal kepada Allah SWT. Malah aku juga diajar untuk memulakan sesuatu ucapan dengan memuliakan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, December 15, 2011

Hidup aku dalam GPMS

GPMS telah menyedarkan aku dalam banyak perkara. Sejak aku menyertai GPMS aku dapat ramai kawan, aku dapat banyak ilmu yang tidak diajar didalam kelas, aku dapat belajar untuk uruskan program dan juga menguruskan diri aku sendiri. Bermulanya pembabitan aku dalam GPMS ini adalah pada bulan april 2008 dimana aku telah menyertai satu program Kursus Asas Mahasiswa anjuran Biro Tatanegara dengan kerjasama GPMS. Kursus ini juga sekarang ini dikenali dengan nama Kembara Alam Rimba ataupun KAR.

Bermula dari situ aku mula sedar akan tanggungjawab aku sebagai seorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Aku mula sedar akan peranan aku sebagai seorang anak Melayu di bumi Malaysia ini. Aku mula terjebak dengan perjuangan untuk pendidikan anak bangsa melalui GPMS ini. Bagi aku dengan berbekalkan pendidikan sahaja sesuatu bangsa itu dapat merubah nasib bangsanya sendiri.

Aku yang dahulunya tidak pernah terfikir akan nasib bangsa akhirnya telah bergelumang dengan perjuangan yang membabitkan bangsa ini. Perjuangan aku bukan perjuangan bangsa tetapi perjuangan aku adalah perjuangan agama yang mana aku mengikut rentak bangsa. Memang benar perjuangan bangsa ini adalah perjuangan yang salah tetapi tidak salah sekiranya aku ingin memajukan bangsa aku sendiri. Tambahan pula aku adalah rakyat Malaysia yang agama rasminya adalah Islam dan bahasa kebangsaannya adalah bahasa melayu. Dengan berpandukan nama Malaysia sahaja sudah membuktikan yang bangsa Melayu ini adalah majoriti di negara ini. Apabila bangsa ini digugat kedudukannya adalah tidak salah untuk aku mempertahankannya.

Dalam GPMS ini aku belajar unuk mengenal pelbagai ragam manusia terutama sekali membabitkan bangsa aku sendiri. Aku pernah mengikuti program dimana aku menjadi urusetia untuk program di rumah tunas harapan di Kuala Selangor. Aku menjadi sedih akan nasib bangsa aku apabila anak-anak kecil dalam rumah tersebut adalah anak buangan dan anak-anak yang ibu bapanya tidak dapat dikenalpasti. Dalam GPMS juga aku belajar untuk menjadi seorang fasilitator. Aku berguru dengan ramai manusia-manusia hebat dalam GPMS ini.

Pada tahun 2009 aku telah diuji dengan sebagai perantauan di negara orang. Aku yang berbangsa melayu ini duduk keseorangan dikelilingi bangsa-bangsa lain. Pernah suatu ketika aku berjalan di tanah orang aku berjumpa dengan warga negara aku sendiri iaitu orang Malaysia yang berbangsa cina,katanya kepada aku ketika iti yang mana aku masih ingat lagi sehingga kini "wa..orang melayu sekarang manyak pandai wo sudah masuk negara orang..". Perasaan aku ketika itu sangat terguris kerana bagi aku kata-kata sebegitu seperti memperlekehkan bangsa melayu.

Pulang sahaja ke tanah air tercinta ini, aku terus mencari sahabat-sahabat GPMS. Dan kebetulan ketika itu GPMS UNISEL BJ dalam perancangan untuk membuat program di gunung Ledang. Walaupun aku sudah tidak menjadi pelajar UNISEL lagi tetapi aku bertekad untuk join juga program tersebut. Aku menghadirkan diri dalam perjumpaan tersebut dan disyaratkan pula untuk pergi ke program EXJIWA sebelum mendaki Ledang sebagai persediaan awal. Aku turutkan sahaja. Walaupun ketika itu aku sudah tidak belajar di UNISEL tetapi aku masih lagi ingin bersama-sama meneruskan perjuangan dalam GPMS.

Pada awal tahun 2010 aku mendaftarkan diri sebagai pelajar di UNISEL untuk sambung ijazah. Tetapi nasib aku telah dihantar ke UNISEL SHAH ALAM pula. Perkara pertama yang aku cari dalam UNISEL Shah Alam adalah ahli-ahli GPMS. Dan aku mendapat tahu bahawa pada tahun tersebut tidak ada pendaftaran untuk ahli-ahli baru dalam GPMS ketika itu. Tetapi sebagai seorang yang berjiwa GPMS aku tidak mengalah. Asalkan jumpa orang lama sahaja aku akan membuka topik pasal GPMS. Akhirnya usaha kau bertemu hasil. Aku telah diperkenalkan dengan seorang exco GPMS di sana yang mana ketika itu beliau sedang dalam pemprosesan membuat program anjuran GPMS. Aku telah mengofferkan diri aku untuk sama-sama berkhidmat. Aku telah dilantik sebagai ketua publisiti. Walaupun aku tersangatlah baru dikalangan mereka tetapi kepercayaan mereka terhadap aku sangatlah tinggi sehingga aku dilantik sebagai flow manager semasa program.

Semester berikutnya pula fakulti aku telah berpindah ke BJ. Setelah berada di sini aku semakin bersemangat untuk memperjuangkan nasib bangsa aku melalui pendidikan ini. Tetapi keputusan yang aku kecapi semester sebelumnya membuatkan aku terpaksa mengalah bagi membolehkan aku membaiki keputusan aku. Ajakan dan pelawaan dari exco-exco GPMS disini terpaksa aku tolak walaupun berat hati ini. Akhirnya aku berjaya menaikkan pointer aku dari kedudukan bersyarat ke kedudukan baik. Dan aku pun mula kembali aktif dalam GPMS.

Program pertama aku setelah kembali aktif semula adalah program Kursus Asas Fasilitator (KAF) dimana aku telah dilantik sebagai fasilitator. Kemudiannya pula aku dipanggil untuk membantu dalam program KAR 03. Walaupun aku adalah sangat baru dalam organisasi yang ada ketika itu tetapi aku rasakan yang aku dengan mereka bagaikan sudah kenal lama. Malah kepercayaan yang mereka berikan pada aku juga membuatkan aku bertambah sayang kepada GPMS.

Sehingga kini perasaan aku kepada GPMS ini seperti tajuk blog ini iaitu semakin hari semakin sayang.

Sunday, December 11, 2011

KAR 04 accomplish

Salam perjuangan buat pembaca sekelian. Akhirnya program KAR 04 sudah pun selesai dengan jayanya. Walaupun banyak halangan dan cabaran sebelum menjayakannya tetapi Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama semua urusetia KAR 04 ini dapat juga berjaya menghabiskan misinya iaitu mencari pelapis-pelapis baru.

InsyaAllah jika ada kesempatan masa Pak Abu akan menceritakan bagaimanakah keadaan dan situasi sepanjang berlangsungnya KAR 04. Apa-apa pun Pak Abu ingin memohon maaf jika sepanjang program berlangsung Pak Abu ade buat salah silap atau mengguris hati dan Pak Abu juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Tuesday, November 29, 2011

Seminar Agenda Melayu

Seminar Agenda Melayu Ke 7 : Islam & Melayu Pasca PRU 13. Inilah nama forum yang telah saya ikuti pada hari ini. Bertempat di Dewan Seri Endon,tingkat 23,Menara Dato' Onn, PWTC bersempena dengan Persidangan Agung UMNO. Forum ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara dan dirasmikan oleh YB Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu naib presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Malaysia.

Kira-kira 100 orang peserta telah mengikuti forum ini dari awal sampai habis yang mana ianya berlangsung selama lebih 3 jam. Forum ini telah dipaneli oleh YBhg Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi iaitu penyandang kerusi Za'aba UPSI dan juga merupakan bekas Presiden GPMS pada tahun 1995 - 1997, YB Datuk Zulkifli Nordin iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang juga merupakan Naib Presiden PERKASA, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin iaitu Mantan Mufti Perlis. Moderatornya pula adalah Prof Madya Dr Mohd Ridwan Tee Abdullah iaitu Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang juga penulis buku 'Nasib Melayu di Bumi Melayu'.

Antara isu-isu yang sempat dibangkitkan semasa seminar tadi yang saya masih ingat lagi ialah pemimpin-pemimpin UMNO ataupun wakil-wakil rakyat dari komponen BN yang menang PRU 12 mempunyai tindak-tanduk seperti orang kalah. Malah ada juga suara peserta yang mahukan transformasi hendaklah dibuat bukan saja di peringkat rakyat tetapi di peringkat kepimpinan juga hendaklah ditransformasikan juga keran rakyat sudah muak dengan kepimpinan yang sedia ada. Ada juga yang mencadangkan agar Majlis Ulama hendaklah ditubuhkan semula dalam UMNO.

Adalah amat bersesuaian Program seperti ini diadakan di saat nasib bangsa dan seagama kita sekarang ini amat tercabar. Tujuan forum ini diadakan juga adalah untuk mengumpul dan mencari kaedah dan cara untuk mempastikan negara ini sentiasa aman dan makmur di samping tidak mengenepikan atau menafikan hak dan perasaan bangsa lain yang turut serta membangunkan negara ini. Di forum ini juga ada dibahaskan agar kesepakatan antara UMNO dan PAS hendaklah dicapai supaya nasib agama islam dan bangsa melayu di negara ini tidak dapat digugat oleh agama dan bangsa yang lain. Tidak kira apa keadaan sekalipun, PAS dan UMNO ini hendaklah duduk semeja apabila ada isu yang berkaitan dengan Islam dan melayu dibangkitkan. Setuju atau tidak itu belakang cerita asalkan ketolak-ansuran kedua-dua parti ini untuk duduk semeja dapat dilihat oleh rakyat dan parti-parti lain.

Pengharapan rakyat kepada UMNO juga dapat dilihat sekarang ini sudah berkurangan. UMNO yang dulunya dapat memberi harapan kepada rakyat dilihat sekarang ini sebagai sudah tidak relevan dan pengharapan itu beralih kepada parti pembangkang yang sering menaburkan janji-janji. Malah penubuhan PKR juga dilihat sebagai faktor utama negara ini berkedudukan kucar kacir. Akhir kata, nasib Malaysia terletak di tangan pengundi samada mahu Islam dan melayu masih lagi mempunyai kuasa ataupun mungkin kuasa ekonomi dan politik juga akan dipelupori oleh bangsa lain.

Monday, November 28, 2011

JEMPUTAN

ALUMNI KELAB UMNO LUAR NEGARA mempersilakan Tuan/Puan/Sahabat ke:

-Seminar Melayu / Islam Pasca PRU 13

-pada Selasa 29Nov2011

-di PWTC jam 930 pagi - 200 petang.

Panel : 1) YBhg TS Dr Nordin Kardi,

2) YB Dato Zulkifli Nordin,

3) Ybhg Dr Asri Zainal Abidin.

Moderator : Prof Madya Dr Ridzuan Tee Abdullah.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Apabila tiba tahun baru dalam kalendar masihi seringkali kita mendengar ucapan selamat tahun baru. Akan tetapi apabila tibanya tahun baru dalam kalendar hijrah amat jarang sekali kita mendengar ucapan sebegitu. Malah mungkin ramai yang sudah lupa atau langsung tidak tahu bilakah taikhnya maal hijrah. Atau mungkin ada yang tahu tetapi tidak pasti tahun hijrah yang ke berapa. Begitulah hasilnya apabila kalendar hijrah ini semakin dilupakan. Yang kita ingat hanyalah bulan Syawal dan Ramadhan sahaja. Nasib baik kerajaan malaysia mengisytiharkan maal hijrah sebagai cuti umum.

Semalam (26 November 2011) saya sempat meluangkan masa untuk turut serta bersama-sama menjayakan program Sambutan Maal Hijrah 1433 di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy anjuran Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (PerTaMa). Antara aturcara program ini ialah Pesta Durian & Buah-buahan pada sebelah petang. Dan sebelum maghrib diadakan bacaan Doa Akhir Tahun. Doa Awal Tahun pula dibaca selepas solat maghrib.

Kemudiannya selepas isyak diadakan pula forum yang bertajuk Generasi Al Quran & Masyarakat Rabbani. Forum ini dipengerusikan oleh Ustaz Rosdi Long dan ahli panelnya pula ialah Ustaz Fathul Bari bin Mat Yahya dan Ustaz Muhamad Fauzi bin Asmuni. Mengulas sedikit mengenai generasi Al Quran yang dibahaskan dalam forum ini oleh Ustaz Fathul Bari, generasi Al Quran kini ada 5 langkah untuk berjaya iaitu 1) beriman dengan Al Quran 2) membaca Al Quran 3) memahami maksud Al Quran 4)menghayati Al Quran dan 5) menyebarkan ayat Al Quran. Dan sedikit ulasan mengenai masyarakat Rabbani dalam konteks negara Malaysia ini agak bagus kerana ramai masyarakatnya mengamalkan hidup cara Islam.

Paling mendapat perhatian saya pada program ini ialah Presiden PerTaMa kerana beliau juga adalah bekas Presiden GPMS pada tahun 1972-1974 dan 1978-1983 iaitu Tuan Haji Yusof Suhaimie atau lebih mesra dengan nama panggilan Pak Usop. Dan sudah pasti ini adalah satu pertemuan yang amat bermakna buat saya apabila dapat berdepan dan bersembang bersama-sama beliau. Walaupun agak singkat masa pertemuan dengan beliau tetapi perkongsian ilmu dan pengalaman yang sempat disampaikan amatlah saya hargai. Malah suntikan semangat juga dapat beliau serapkan ke dalam diri saya ini. InsyaAllah kalau ada rezeki pasti kita akan bertemu lagi.

Sesudah selesai program sambutan maal hijrah itu, saya pun ke masjid Sri Petaling dimana terkenal dengan nama Markas Jemaah Tabligh. Buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ini di masjid tersebut setelah sekian lama mendengar cerita dan ajakan kawan-kawan jemaah tabligh mengenai masjid tersebut. Alhamdulillah sambutan maal hijrah saya pada tahun ini dapat saya isikan dengan program ilmu agam ini. InsyaAllah semoga maal hijrah kali ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup saya dan kehidupan-kehidupan ummat Islam semuanya.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Pasukan Malaysia. Semangat semua urusetia KAR 04.

Alhamdulillah..akhirnya selesai juga final exam. Diharapkan saya dan semua kawan seperjuangan samada ahli GPMS atau tidak berjaya dalam peperiksaan kali ini. Peperiksaan ini adalah penentuan untuk kita menilai sejauh mana keberkatan ilmu yang kita perolehi selama 1 semester ini. Insya Allah sama-samalah kita menantikan keputusannya kelak. Mudah-mudahan apa yang kita hajati dapat kita kecapi dengan izin Allah.

Minggu peperiksaan sudahpun selesai maka dengan ini bersambunglah tugas saya dan urusetia yang lain bagi menjayakan program tahunan GPMS UNISEL BJ iaitu program Kembara Alam Rimba (kar 04). Walaupun asalnya tarikh tersebut pada 25hb - 30hb nov 2011 tetapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan maka kami terpaksa menundakan ia pada 4hb - 9hb Dis 2011. Tetapi walau apa pun terjadi program ini mesti dijalankan juga.

Kepada semua urusetia KAR 04 saya berharap agar kita sama-sama dapat berganding bahu dan bekerja dalam kumpulan sebagaimana pasukan malaysia kita yang berjaya menggenggam emas
dalam temasya sukan sea kali ini. Malaysia yang bermain secara satu pasukan akhirnya dapat mengalahkan Indonesia yang permainannya lebih kepada mengharapkan kepakaran individu. Malah faktor semangat juang yang dipamerkan oleh anak-anak buah Ong Kim Swee ini jugalah yang dapat membuatkan kubu pertahanan Malaysia bertahan walau diasak atau diuji apa cara sekalipun.

Akhir sekali TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia dan atlet-atlet malaysia yang lain diatas sumbangan pingat emas juga pingat perak dan gangsa dalam temasya Sukan Sea kali ini. Kepada urusetia-urusetia KAR 04 juga tidak dilupakan agar terus bersemangat bagi menjayakan program.

Sunday, October 30, 2011

Soalan Lazim Mengenai GPMS?


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia
Sedikit sejarah mengenai GPMS.

Kemunduran bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik menjadi pendorong yang kuat ke arah penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 14 dan 15 Ogos 1948. Atas hasrat untuk mengatasi kemunduran tersebut maka berkumpullah beberapa orang pelajar Melayu Maktab Raffles dan Maktab Perubatan Singapura untuk menaja penubuhan badan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang bertujuan menggabungkan badan pelajar yang sedia wujud ketika itu.

Kesedaran orang Melayu khususnya dalam kalangan pelajar tentang kemunduran dalam tiga (3) lapangan hidup tersebut bermula sejak awal tahun 1900 lagi. Sekitar tahun 1906 percubaan radikal untuk merubah cara fikir dan nilai-nilai hidup yang dianggap merugikan orang Melayu seperti halangan kepada anak gadis untuk bersekolah dan sikap yang tidak menggalakkan anak-anak muda yang terdidik di Timur Tengah. Tokoh pelajar yang terkemuka ialah Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Salim Al-Kalali.

Dalam bidang ekonomi pula, pemikir muda iaitu Zainal Abidin Ahmad (Za’aba) menulis rencana khas tentang kemiskinan orang Melayu yang tersiar dalam Al Ikhwan 16 Mac 1927. Manakala dalam bidang politik telah bangkit pula angkatan pelajar dari Sultan Idris Training College (SITC) yang bekerja keras untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Melalui asuhan semangat dari guru muda seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurashid, pelajar tersebut yang diketuai Ibrahim Haji Yaacob meneroka perjuangan siasah secara kolektif.

Walau bagaimanapun, semua tuntutan dan perjuangan tersebut menjadi semakin berkesan hanya setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika itu timbul kesedaran nasionalisme menjadi gerakan sosial (social force) sebagai akibat daripada penyebaran idea tentang kemerdekaan dan pembangunan. Kemenangan Jepun dalam peperangan tersebut dan hasrat Inggeris untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara jajahan melalui konsep “Kesatuan Malaya” menyuburkan secara spontan peribadi Melayu yang mementingkan rasa ketuanan di negara sendiri.


SOALAN LAZIM MENGENAI GPMS?
  • Matlamat dan tujuan perjuangan GPMS?
Matlamat dan perjuangan GPMS boleh dirujuk pada MUKADIMAH GPMS atau dikenali sebagai 4 Sedar iaitu:-

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung untuk menghadiri persidangan pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948,

Sedar:- Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Tanah Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Sedar:- Atas kemunduran kami di alam ilmu pengetahuan
Sedar:- Atas kewajiban kami dalam meningkat darjat pengetahuan bangsa
Sedar:- Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

Berpendapat bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah di dirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

  • Kenapa tidak diletakkan Islam dalam GPMS?
Seperti yang anda semua sedia maklum, GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 lagi iaitu sebelum kemerdekaan. Oleh itu ini merupakan sejarah bagi GPMS yang tidak dapat diubah mahupun dari segi perkataan ataupun ejaan. Sejarah tidak boleh dipadam dan ditulis semula dengan sesuka hati kerana ia merupakan lambang dan sejarah bagi kita semua.

GPMS merupakan subjektif iaitu satu nama yang telah diberikan atas dasar dan perjuangan Islam juga. Tidak bermakna tiada perkataan ISLAM pada GPMS ia beerti GPMS bukan memperjuangkan ISLAM dan hanya Bangsa semata-mata sahaja.

Contoh paling mudah adalah mengenai nama anda. Sekiranya nama anda Safuan B. Salim ini bermakna dia bukan memperjuangkan ISLAM kerana namanya tidak mempunyai perkataan ISLAM. Dan adakah nama yang mempunyai perkataan ISLAM seperti REBECA NUR ISLAM memperjuangkan ISLAM.

Perjuangan Islam adalah terletak pada Iman seseorang samada dia mampu untuk membawanya ataupun tidak bukan hanya pada nama.

  • Saya perjuangkan Islam tidak perjuangkan Bangsa?
Sekiranya anda berpendapat begini anda merupakan seorang yang rugi, ini kerana sekiranya anda benar-benar memperjuangkan Agama anda harus tahu bahawa NABI-NABI kita juga berjuang untuk BANGSAnya juga iaitu BANGSA ARAB dengan berpandukan AJARAN AGAMA ISLAM yang diperintahkan oleh ALLAH.

Dakwah Nabi Muhammad SAW dimulai dari wilayah Makkah di jazirah Arab (Bangsa ARAB), walaupun pada akhirnya ajaran beliau adalah untuk seluruh umat manusia. Jauh sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya Allah SWT juga telah mengutus nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Kedua Rasul ini telah berhasil membina BANGSA ARAB dan masyarakat makkah menjadi orang yang beriman dan hanya menyembah kepada Allah SWT.

Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara itu pada zahirnya sahaja, sekiranya anda benar-benar perjuangkan ISLAM apa yang telah anda lakukan untuk mengubah persepsi Agama lain atau masyarakat yang bukan Islam terhadap AGAMA ISLAM. Oleh yang demikian, disebabkan isu ini ramai diantara kalangan BANGSA MELAYU kita yang terang-terang AGAMA ISLAM telah berpecah belah disebabkan PERKATAAN sahaja iaitu ISLAM dan MELAYU.

Jika kita lihat pada zahirnya memang berbeza tetapi adakah pada sebaliknya ia juga sama. Tidak mungkin sama sekali. Sekiranya kita lihat, Dalam mukadimah GPMS Sedar yang pertama merupakan asas kerana is juga berpandukan pada AL-QURAN dan Hadis. Iaitu kita harus BERSATU.

Nabi Muhammad mengajarkan bahwa kemuliaan manusia tidak diukur dari harta, keturunan, suku, keindahan tubuh, kekuatan, maupun pangkat dan jabatannya dalam masyarakat. Namun kemuliaan manusia terletak pada ketaatannya kepada Allah SWT dan kemuliaan akhlaknya, baik berupa sikap, perkataan, maupun perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari.

  • Adakah GPMS merupakan Tali Barut UMNO?
Pemimpin dalam GPMS adalah berbeza-beza. Dalam GPMS juga terdapat pelbagai ahli yang berbeza fahaman POLITIKnya. Dalam masa yang sama GPMS merupakan badan NGO dan dengan itu ia telah menyatakan bahawa GPMS merupakan NON-PARTISAN.

GPMS mungkin telah dimanipulasikan oleh sesetengah individu yang berbeza politik dan telah lari dari perjuangan sebenarnya tetapi itu merupakan salah individu yang membawa ajaran serta fahaman yang salah. Sekiranya beliau merupakan seorang yang memahami GPMS dan perjuangannya perkara ini tidak akan terjadi.

GPMS adalah gedung melahirkan pemimpin. Sekiranya anda berada dalam dunia POLITIK anda jangan sesekali menyebut nama GPMS dalam fahaman POLITIK anda walaupun anda merupakan ahli GPMS. GPMS tidak menghalang asalkan bila anda berada dalam aktiviti GPMS anda tidak membawa fahaman anda. Kita merupakan satu keluarga walaupun berbeza fahaman POLITIK. Begitu juga ISLAM dimana kita mempunyai 4 MAZHAB yang berbeza fahamannya tetapi kita merupakan 1 KELUARGA iaitu ISLAM.


  • Bagaimana dengan Sabah dan Sarawak?
Pelajar Melayu di Sabah dan Sarawak juga boleh menyertai GPMS kerana GPMS merupakan GABUNGAN PELAJAR MELAYU. Tidak kira anda berada dimana sekalipun, jika anda seorang MELAYU anda boleh sertai kami.

Pada nama sahaja ternyata Semenanjung ini kerana pada tahun 1948 Sabah dan Sarawak tidak lagi berada dalam kedudukan Tanah Melayu. Hanya pada tahun 1963 barulah Sabah dan Sarawak menyertai MALAYSIA. Sehubungan dengan itu, sejarah tidak dapat diubah. Walaupun Semenanjung tetapi GPMS juga dikenali sebagai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung MALAYSIA.

Di Singapura kita juga ada GPMS begitu juga baru-baru ini dimana di MEDAN Indonesia telah tertubuhnya GPMS. Oleh yang demikian tidak kira anda dari negara manapun sekiranya anda adalah berketurunan dan berbangsa MELAYU serta yang berbangsa lain tetapi telah memeluk ISLAM anda semua boleh menyertai GPMS.



sumber : www.belajarterusbelajar.blogspot.com

Thursday, October 27, 2011

Solat 5 waktu

Hari ini aku sempat berjumpa dengan pengerusi pahang persatuan bekas-bekas polis pahang di temerloh. Ketika itu aku masih lagi tidak mengetahui statusnya. Sedang aku menjamu selera tiba-tiba beliau bertanya "hari itu HIMPUN apa cerita?" aku pun menjawab ringkas saja la. Ketika itu aku sedang makan tengahari di rumah beliau yang juga merupakan atuk tiri aku.

Selesai saja aku menceritakan serba ringkas mengenai HIMPUN tempoh hari, langsung beliau bercakap soal perjuangan. Aku yang agak suka mendengar cerita-cerita orang tua ini mendengar cerita beliau dengan khusyuk sekali. Walaupun umurnya sudah melebihi 80 tahun tetapi jika melihat faktor fizikal dan suaranya seolah-olah kita anggarkan umurnya sekitar 60an.

Antara isi kandungan yang masih aku ingat lagi ialah "kita jangan bercakap soal perjuangan kalau solat kita tak cukup 5 waktu. Jangan cakap soal perjuangan kalau tak ikut 5 syariat islam ( iaitu rukun islam). Lu agama apa? Lu bangsa apa? jangan banyak cakap,jom kita bersatu.".

Banyak lagi kata-kata semangat yang di beri tetapi aku tak dapat ingat semuanya. Dan keadaan masa itu pun agak terhad dan aku agak kelam kabut untuk pulang ke Selangor.

Thursday, October 13, 2011

SEKA AIR MATAMU WAHAI PEJUANG : PERJALANAN KEBAHAGIAN YANG SEDANG MENANTI

Pejuang.

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan. Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka. Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu. Syyyhh… jangan menangis. Seka air matamu wahai pejuang.

Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang? Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami. Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini. Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati. Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka. Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang. Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.

Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.

Dia menjagamu. Menjagamu.

Merapatlah

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.

Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.

Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

sumber : http://aminmppfarmasi.blogspot.com

Tuesday, October 11, 2011

Mencari Penajaan

Pada jumaat lepas 7 Oktober aku bersama shah pergi ke pusat khidmat masyarakat MB Selangor di Ijok untuk mencari sumbangan program KAR 04. Dan hari ini 10 Oktober aku meneruskan lagi misi mencari bantuan kewangan bagi menjayakan Program KAR 04 ini.

Hari ini jam 9 pagi lagi aku sudah terpacak depan pejabat ADUN Kuang sehinggalah beliau sampai jam 11 pagi. Alhamdulillah walaupun tak dapat peruntukan DUN sebab program aku ni bukan dalam kawasan beliau tetapi aku berjaya menarik perhatiannya dan mendapatkan sumbangan peribadi beliau. Terima kasih kepada YB Tuan Abdul Syukur bin Idrus yang juga merupakan ketua penerangan UMNO Selangor.

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke pejabat ADUN Paya Jaras pula. Tetapi YB tiada dan aku hanya menyerahkan surat sumbangan tu kepada pegawai khas beliau sahaja. InsyaAllah aku akan follow up surat sumbangan tersebut.

Selepas itu aku ke Putrajaya pula utk mendapatkan bantuan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Belia & Sukan. Kedua-dua kementerian tersebut aku berjaya sampaikan kepada Ketua Pengarah Jabatan dan aku hanya menantikan feedback sahaja. Mudah-mudahan permohonan aku diluluskan atas niat membantu belia-belia negara.

Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumbangan dan aku akan pastikan program aku ni berjalan lancar dan jayanya. Dan aku amat berharap agar perjalanan program ini dimudahkan dan mendapat kerjasama yang paling kuat daripada ahli-ahli GPMS yang ada di UNISEL ini dan Alumni-alumni.

Thursday, October 6, 2011

Promosi KAR 04

Malam tadi adalah malam ke 5 kami (GPMS) membuka kaunter atau booth untuk mempromosikan program Kembara Alam Rimba (KAR 04). Dan hasilnya setakat ini sudah ada 17 orang yang berdaftar sebagai peserta malah sudah pun membuat bayaran deposit sebanyak rm30 juga bayaran penuh sebanyak rm60. Malam ni adalah malam terakhir kami membuka booth untuk minggu ini dan diharapkan agar jumlag pendaftaran peserta semakin bertambah.

Kami akan membuka booth di cafe UNISEL sehingga 20hb November 2011 pada setiap malam isnin hingga khamis jam 8 malam hingga 11 malam. Target peserta KAR 04 ini adalah sebanyak 60 orang. Bermakna kami perlu mencari 43 orang lagi.

Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan pada urusetia yang bertungkus lumus mempromosikan KAR 04 ini walaupun terpaksa berkorban masa mahupun tenaga hatta wang ringgit sekalipun.

Monday, October 3, 2011

Menjelang Final Exam

Final exam cuma tinggal sebulan je lagi. Semestinya bagi mereka yang ingin memburu kejayaan cemerlang dalam exam nanti semakin giat mengulangkaji subjek pelajaran. Manakala aktiviti lain seperti aktif berpersatuan dikurangkan. Tetapi itu bukanlah menjadi satu alasan bagi mereka yang masih mempunyai tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan dalam persatuan atau sesuatu program.

Gunakanlah baki masa yang ada ini untuk menyelesaikan tugas yang diberikan dan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak terabai. Carilah kaedah mengulangkaji yang tepat dalam masa yang singkat dan 'busy' ini.

Sebaik-baiknya buatlah catatan ringkas yang mudah dibawa kemana-mana. Supaya dapat dimanfaatkan semasa kelapangan contohnya seperti ketika sedang menunggu untuk berprogram. Masa yang terbaik untuk mengulangkaji juga ialah di waktu tenang, sunyi dan sejuk terutama pada waktu malam dan awal pagi. Mulai sekarang tahan nafsu untuk berfacebook buat seketika waktu ini. Belajar secara berkumpulan juga boleh membantu meningkatkan kefahaman dan ingatan anda asalakan kesemua anggota menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.

Dalam masa sebulan ini juga pengurusan masa haruslah ditahap yang paling penting. Asingkan waktu belajar, waktu buat Assignment, waktu program dan juga waktu-waktu yang lain supaya kita tidak kelam kabut di akhir-akhir nanti. Buat satu jadual dimana waktu-waktu ini telah pun ditetapkan. Tetapi jadual ini mestilah dipatuhi. Jangan hanya pandai membuat sahaja. Belajar berdisiplin dengan masa. Rancang jadual ini mengikut tarikh-tarikh penting.

Akhir kata seorang pelajar yang cemerlang akan sedaya upaya menggunakan masa yang terluang seperti masa pertukaran kelas atau masa berjalan kaki dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan membaca. Belajar dan teruslah belajar. Membaca dan teruslah membaca.

Friday, September 30, 2011

JOM......(KAR 04)

Jom Sertai KEMBARA ALAM RIMBA (KAR 04)

Pada 25hb - 30hb November 2011
Bertempat di Kem Terenggun, Kuala Lipis
Yuran : RM 60
Antara aktiviti : Trekking, Water rafting, War Games, Explorace dll..

CEPAT !!! terhad untuk 60 orang sahaja....

Tuesday, September 27, 2011

Semarak Ukhwah di Restoran Satay Hut


Sekali lagi kami keluarga GPMS UNISEL BJ telah mengadakan aktiviti yang dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kami sekeluarga. Aktiviti jamuan makan satay yang telah diadakan di Restoran Satay Hut di Tanjung Karang pada malam tadi ini telah dibiayai oleh tuan YDP GPMS BJ merupakan satu cara dimana ahli-ahli ini GPMS dapat dikumpulkan dan juga dapat merehatkan minda daripada sibuk membuat tugasan 'assignment' dan tutorial akademik di kampus.

Aktiviti jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan kejayaan ahli-ahli GPMS setelah bertungkus lumus mengadakan Majlis Semarak Aidilfitri 2011 tempoh hari.Walaupun ramai lagi keluarga GPMS yang tidak dapat hadir ke jamuan satay ini tetapi roh dan semangat perjuangan mereka tetap ada bersama kami semua.

Jamuan ini disertai oleh kira-kira 22 orang ahli GPMS BJ yang mempunyai masa terluang ketika itu dan dijamukan dengan 200 lebih cucuk satay. Malah sempat juga tuan YDP me'napau'kan keluarga GPMS yang tidak dapat hadir bersama.

Diharapkan selepas ini keluarga GPMS BJ dimurahkan lagi rezeki dan diberkati setiap aktiviti. Malah aktiviti sebegini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat untuk aktiviti yang akan datang.


wajah-wajah ahli GPMS BJ menantikan hidangan satay
keakraban kasih sayang keluarga GPMS BJ

susasana selepas menjamah hidangan

diharapkan binding ahli GPMS seperti binding lidi-lidi satay ini

sebahagian warga GPMS BJ di RESTORAN SATAY HUT

Monday, September 26, 2011

Festival Kelab dan Persatuan UNISEL Bestari Jaya

Pada 20hb hingga 22hb September lepas, GPMS caw khas UNISEL BJ telah menyertai festival kelab dan persatuan yang dianjurkan oleh MPP UNISEL BJ di dewan biru. Festival ini telah disertai oleh lebih kurang 20 persatuan dan kelab yang bernaung di bawah HEP.

Objektif festival ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar dan kakitangan staf di UNISEL ini serta mengenalkan persatuan dan kelab yang aktif kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar dapat memilih persatuan dan kelab mana yang mereka suka untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sesebuah persatuan atau kelab itu.

suasana di booth GPMS

Dalam festival ini booth GPMS telah didatangi oleh ramai pelajar baru yang berminat untuk bersama-sama mengembeleng tenaga dan menyertai aktiviti-aktiviti GPMS yang akan datang.

Friday, September 23, 2011

Program Transformasi Mahasiswa : Training of Trainers (TOT)

Baru-baru ini sebahagian daripada warga GPMS UNISEL BJ telah mengikuti Kursus Transformasi Mahasiswa (Training of Trainers) di Kem Bumi Jati Shah Alam selama 4 hari 3 malam pada 15hb - 18hb September 2011. Kursus ini menggabungkan 4 buah universiti iaitu UITM Shah Alam (56 orang), UIA (7 orang), IIC (7 orang) dan UNISEL BJ (15 orang) yang mana keseluruhan peserta adalah seramai 85 orang.

Wakil GPMS daripada caw khas UNISEL BJ ialah saya sendiri Abu, Ajim, Hafiz, Wind, Pejal, Fikri, Hazmin, Safiq, Shah, Faiz, Sue, Umi, Bahirah, Dila dan Ros.

Kursus ini mendedahkan kepada kami bagaimana untuk menjadi seorang pelatih mahupun fasilitator yang betul. Malahan kami diajar untuk mengendalikan sesuatu program dengan cara berkesan dan teratur mengikut suasana dan aktiviti. Begitu juga dengan pembinaan modul, penggunaan tools dan gamming dalam sesuatu modul, kendalian kelompok, pembinaan skill, pengukuhan binding dan lain-lain lagi.

Semasa program kami dipersoalkan dengan bermacam soalan sebagai pemantapan fahaman seperti perbezaan fasilitator, kaunselor, jurulatih dan moderator. Kami juga didedahkan dengan proses-proses dalam sesuatu modul mengikut aliran bermula "ice breaking", takruf, penilaian, explorasi diri, "environment exploration", "problem solving", "decision making", "team building", refleksi dan "mass binding". Kesemua proses ini adalah mengikut stage dalam melaksanakan modul bermula "foundation stage", "initial stage", transformation stage", transition stage" dan "final stage".

Untuk seorang fasilitator atau bakal fasilitator, kami diajar untuk mempunyai ciri-ciri kerahsiaan, etika, menghargai / melayan, kemahiran dan bermacam lagi ciri. Sistem TORI juga boleh diaplikasikan dalam menjayakan sesuatu program bagi setiap fasilitator mahupun urusetia dimana T adalah untuk Trust (kepercayaan), O untuk Openest (keterbukaan), R untuk Realized (kesedaran) dan I untuk Interdependent (kebergantungan).

Kursus ini diketuai oleh ketua Fasilitator dan juga penyelaras kursus En. Mohd Haidir Anuar B. Dr Zubir juga merangkap Exco Biro Siswa GPMS Kebangsaan. Para jurulatih BTN yang hanya dikenali dengan Pak Meon, Pak Ramli, Pak Ya, Pak Aziz dan Mak Wan. Serta fasilitator dan tenaga penggerak iaitu Abg Azam, Abg Raja, Abg Sham, Sarjen, Abg Doc, Saudara Lan, Abg Rauf, dan ramai lagi motivator-motivator yang terlibat.

Di akhir kursus ini Abg Jais selaku Presiden GPMS telah menyampaikan sedikit ucapan sekaligus membuat perasmian penutup. Antara ucapan Abg Jais yang sempat dirakam ialah hala tuju GPMS iaitu 1) Non-Partisan, 2) GPMS ialah gedung melahirkan pemimpin dan 3) menjadikan GPMS cawangan sebagai tonggak perjuangan.

Sunday, September 11, 2011

Majlis Semarak Aidilfitri 2011


Sepanjang bulan Syawal ini majlis jamuan hari raya sangatlah dinanti-nantikan oleh orang ramai. Ini adalah kerana di samping dapat melahirkan rasa kesyukuran kita terhadap Allah SWT, kita juga dapat berjumpa sahabat handai dan kenalan-kenalan lama malah dapat juga bertambah kenalan di majlis seperti ini.


GPMS UNISEL caw khas Bestari Jaya juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis jamuan hari raya atau nama penuh program Majlis Semarak Aidilfitri 2011 pada 10 september 2011 bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara ahli-ahli GPMS dan pelajar-pelajar lain di UNISEL ini. Malah kehadiran ahli-ahli GPMS UITM Shah Alam serta penasihatnya sekali membuatkan majlis ini bertambah ceria.

Kehadiran tetamu untuk majlis ini adalah dianggarkan seramai 130 orang di anjung kejuruteraan. Walaupun tidak mencapai sasaran, tetapi jumlah ini bolehlah dikatakan memuaskan kerana pada masa yang sama juga majlis-majlis jamuan hari raya ada di merata dan hujung minggu kebiasaannya pelajar-pelajar akan pulang ke kampung.


Majlis ini juga diserikan lagi dengan acara karaoke lagu raya dan 40 cabutan bertuah. Malah untuk pakaian tercantik lelaki dan perempuan juga diberi perhargaan anugerah khas. Antara penyampai-penyampai hadiahnya ialah cik Khairil Bariyyah atau lebih mesra dengan panggilan miss kb selaku penasihat GPMS UNISEL bestari Jaya dan en Ahmad Azahari atau panggilan manjanya abg joe selaku penasihat GPMS UITM Shah Alam.

Menu utama untuk Majlis Semarak Aidilfitri ini ialah nasi minyak. Ditambahkan selera pula dengan nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, mee hun goreng singapura, kuah gulai nenas, kuih ketayap dan karipap. Disamping hidangan kuih-kuih raya. Perhargaan berbanyak-banyak terima kasih kepada alumni-alumni GPMS UNISEL BJ di atas sumbangan wang ringgit mereka bagi menjayakan majlis ini.
majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku,lagu GPMS, dan mukadimah GPMS.
pengarah program dan YDP GPMS UNISEL BJ bersama tetamu undangan dari UITM Shah Alam
tetamu VIP yang kelihatan Abg Joe sekeluarga, Miss KB, Abg Haidir, dan Abg Jijut.

tetamu majlis sedang menikmati hidangan

Monday, September 5, 2011

Koleksi Ucapan Raya

SELAMAT HARI RAYA buat semua warga GPMS terutama sekali GPMS caw khas UNISEL BJ. MAAF ZAHIR DAN BATIN dipinta andai ada tersalah dan tersilap dari segi perkataan mahupun perbuatan. semoga berbahagia menyambut syawal yang mulia ini.

disini saya ingin kongsi bersama mesej-mesej ucapan raya yang saya terima daripada sahabat-sahabat GPMS semua. terima kasih atas ucapan yang diberi.

1) "Slmt hari raya maaf zahir batin" - farawahida

2) "Selamat Hari Raya Aidilfitri smoga syawal dnanti mmberi sribu erti..ikhlas dr Fatin Afifah"

3) "Salam kemerdekaan n salam 1 malaysia ~umi najiah"

4) "Slm merdeka n slmt hri raya" - Amalina

5) "Jika ada langkah yg menoreh hati,ada lisan x terjaga, ada janji yg x tertunai,ada hati yg brprasangka serta ucapan brbunga dusta,mohn dibukakan pintu kemaafan. Slm Eidil fitri. Maaf Zahir & batin. Kullu 'am wa antum bikhair. Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal yakareem." - afiqah

6) "smga kta dprtemukan kmbali ramadhan. dr Abu Hurairah ra."Hiasilh ari ryamu dgn takbir" Rasulullah SAW bsbda "Siapa mbaca 'Subhana Allah wa bihamdihi' pd hr rya,300x srta mghadiahkn kpd kaum mslimin yg tlh mati mka dlm stiap kubur akn mmanca 1000 nur & ktika dia mati, Allah akn mjdkn utknya 1ribu nur" - Amal Firdaus

7) "Sudah berlalu bulan Ramadhan, Tiba masanye hari raye AidilFitri. silap dan salah minta dimaafkan, jangan disimpan di dalam hati... Slam aidilfit3..." - amira

8) "Enjin standard smpai lmbt, v-tec turbo starting melompat,kad raya nk hntr xsmpt,sms je lebih cpt.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..." - faizal hassan

9) "Alhamdulilh..salam aidilfitri..salam perjuangan ya syek..jgn lupa bwk kuah raye n pasang bendera kat kete he2" - along

10) "Sebelum cahaya syurga t'padam,sebelum pintu2 taubat t'tutup..Mohon MAAF ZAHIR & BATIN atas pertuturan yg tak t'jaga.janji2 yg t'abai dan sikpa yg menyakitkan..MAAFKAN SEGALA KESILAPAN..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITR" - ira

11) "BEsar2 dAh x dApat Wit rAyE, tuk BudAk jEk aDE, Arinie DaH rAyE,KaLAu aDE D0sA&Silap BiC ArE 0-0 LaH yEa..."sLMt aRi rYE aiDiLFitri maAF zaHiR & Btin".." - liza

12) " Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin...Semoga kita diberkati oleh Allah s.w.t. Have a great day..." - sal syahkila

13) "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ampun maaf dpinta atas sgala dosa spanjang pkenalan kita.. Moga raya taun ni mberi sribu erti dlm diri kita..." - ana

14) "Salam lebaran n maaf andai pnh tlaku silap & kasar bahasa..(fahim)"

15) " Ampun & maaf d pinta,andai ad khilaf & nista, buat sahabat nin jauh d mata, salam aidilfitri & salam 1 malaysia..~> umi najiah <~"

16) "Salam.Di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf seandainya terkasar tutur kata,terlanjur tingkah laku,tersilap fikir dan andaian yang mengguris perasaan.kerana saya adalah insan yang tidak pernah lepas dari kesilapan saya sendiri..MINAL AIDIL WAL FAIZIN.."SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN.."-Nurul Fatihah Mohd Sobri-

17) "Pak ali pergi pasar raye, selamat hari raye, kg ceria ad tok batin maaf zahir batin....ikhls dr muslimiyie.pntun mus buat nop copy..he."

18) "Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin" - epa zarifa

19) " Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin..=)" - abah

20) "RaYA dTnG lg, BuNYi mRcuN mNjD2,oRg kt cNi nK lapOr diRi,nK mNtAk mAaf utK kSAlahAn tHUn ini,kAlAu aDa yG mnYakitkN atY,10 jARi dsUsUn raPi..SELAMAT ARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN.." - amin

21) "Dlm bermesra mungkin t'kasar bahasa, dlm bergurau mungkin t'lanjur senda, dlm berjanji mungkin ada yg blm dikota, dlm berbicara mungkin ada yg menyinggung rasa. -JiKa aDa kslahan,Kemaafan jualah yg dipinta...SELAMat Hari Raya Aidilfitri..MAaf zaHir n bATin..Dri geeRa n keluarga"

22) "Slamat ari raye..maaf zahir batin..sori klu ad grau yg mlmpau2.." - mat ajiq

23) " Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..smga kehadiran aidilfitri tahun ini mmberi seribu perubahan dan kemaafan dari orang yang tersayang..-nurul fadhilah abdul ghani-"

24) " Assalamualaikum. B'temu kita sekali lg di penghujung Ramadhan yg m'bawa ke awal Syawal. Sempena Aidilfitri pd Syawal 1432 Hijrah ini, sy ingin memohon maaf di atas sebrg kekhilafan dlm sepjg p'hubungan kita samada dr segi tutur kata mahupun perbuatan sy.(Qamarul Hayat Nadzari & keluarga)"

25) " pejam celik2 dh nk abs setahun, pejam celik2 dh hmpr 30 ari puasa, mkin dpejam celik, mkin byk salah n dosa, smentara msh celik, sblum pjam xcelik2 dsusun spuloh jari kmaafan dr ikin dan suami skluarga! Haha.."

26) "Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir & batin..~Rose~"

27) "ampun dan maaf andainya saya ini...terkasar bahasa dlm berbicara tersilap bicara semasa bersama termarah yg x kene tempatnya tertanya tak tentu hala...tersasul yg tak sengaja terpukul kat mane-mane terpekik kuat kat telinga terhantuk terketuk di kepala terpinjam terambil harta&benda termoody tak semena-mena terumpat bila ada cerita termakan terminum anda punye termacam-macam yg kena-mengena.. Dihari yg mulia ini sepuluh jari saya hulurkan semua, Memohon kemaafan atas segala dosa yg ada kerana saya masih bernama manusia. Pastinya tak lepas membuat dosa.Semoga dimaafkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN..dari NUR SURIATI SAID & FAMILY.."

28) " Kwn2, slamaT hari raya aidilfitri, maAf zahir bAtin." - hanisah

Monday, August 22, 2011

Secebis kisah di satu hari

Apabila tiba musim perayaan pastilah lokasi yang menjadi tumpuan antaranya adalah di Jalan TAR Kuala Lumpur. Kami sebahagian warga GPMS UNISEL BJ juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lokasi iti pada hari sabtu lepas bersamaan 20 ogos 2011. Kami yang dimaksudkan adalah aku sendiri, Qamarul, Fahim, Hafiz Adrie, Wind, Syam, Dila, Umi, Bahirah, dan 2 orang lagi adik Qamarul.

Pada mulanya aku bercadang mahu pergi dengan Dila, Ana, dan Hajar, tapi at last Ana dan hajar tidak dapat ikut serta dan digantikan pula oleh tuhan dengan kawan-kawan yang lebih ramai. Kami pergi ke sana menaiki LRT di stesen Asia Jaya. kemudian kami turun di stesen Masjid Jamek. Sampai je disana kami mencari juadah berbuka dulu di area Jalan Masjid India dan kami singgah berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid India.


Selepas itu lebih kurang pada pukul 8 malam, kami pun mulalah beroperasi mencari pakaian raya di Jalan Masjid India, Jalan masjid Jamek dan Jalan TAR. Kami banyak menghabiskan masa di jalan TAR. Dan keadaan manusia di sana sangatlah sesak. Berhimpit-himpit kami berjalan meneruskan pencarian.

Disebabkan kami menaiki LRT, jadi masa yang ada sangatlah singkat. sedar-sedar je jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 10. Tren LRT yang last adalah pada pukul 11 malam. Jadi kami pun bergesa-gesalah menghabiskan pencarian terakhir dan menuju ke LRT stesen Masjid Jamek semula.

Akhirnya aku berjaya mendapatkan sebuah songkok sahaja.ha ha ha.. masa yang diperuntukkan selama 2 jam itu sangatlah tidak mencukupi untuk membeli sepasang baju raya complete set dari hujung kepala ke hujung kaki. Mungkin disebabkan kesesakan manusia disana atau datang pada masa yang tidak sesuai iaitu masa maghrib ataupun juga datang menaiki tren yang membuatkan kami mengejar masa dan juga tren.

Apa-apa pun hubungan yang erat antara kami warga GPMS ini wajarlah dipupuk lagi supaya ianya menjadi permulaan untuk membuatkan GPMS di UNISEL BJ ini menjadi badan yang kukuh dan yang terbaik.

Friday, August 19, 2011

Iftar Jama'i GPMS

17 Ogos 2011 Satu majlis berbuke puasa telah diadakan di bilik gerakan GPMS di Fakulti Kejuruteraan. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah sesama ahli GPMS sendiri disamping membuat amal ibadah di bulan Ramadhan ini. Terima kasih banyak kepada penasihat GPMS UNISEL sendiri di atas kesudian beliau menyediakan peruntukan besar untuk majlis ini. Semoga Allag membalas jasa baik beliau dan dimurahlan lagi rezeki keatasnya.

Juadah Berbuka Puasa

Walaupun hujan turun agak lebat pada petang berkenaan tetapi semangat yang ada pada jiwa ahli-ahli GPMS ini sangat luar biasa. Hujan lebat bukanlah alasan untuk tidak menghadirkan diri dalam program-program GPMS ini. Sokongan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli ini wajarlah diberi pujian. Malah ada yang datang juga memberi sokongan tatkala program sudahpun selesai walaupun tidak dapat menjamah hidangan.

suasana moreh

Kehadiran yang dijangkakan seramai 50 - 55 orang tidak menepati sasaran tetapi kehadiran sekitar 40 orang ini pun sudah pun memadai untuk meraikan bulan Ramadhan ini. Tambahan pula dengan kehadiran alumni iaitu saudara Shah dan saudara Mamu membuktikan lagi keakraban dan semangat ahli-ahli GPMS ini untuk bersama meraikan program walaupun sudah tamat belajar dan untuk bersama-sama dengan adik-adik baru GPMS ini. Dengan kehadiran penasihat yang juga merupakan pensyarah dan 2 orang lagi pensyarah yang turut serta berbuka puasa menambahkan keserian majlis ini.

ketika sedang menjamu selera juadah berbuka puasa

Selesai berbuka puasa kami bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan sedikit tazkirah ringkas disampaikan oleh penasihat. Selepas itu kami menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih bersama-sama untuk menambahkan lagi keberkatan majlis.

Saturday, August 13, 2011

first posting

Salam semua..
Sudah sekian lama aku tidak berblog dan hari ni aku akan cuba untuk mengarang blog semula. ini adalah kerana GPMS yang aku serta. semakin lama aku bersama GPMS semakin membara niat aku untuk berkongsi didalam dunia blogger ini. bersesuaian dengan tema aku diatas iaitu semakin hari semakin sayang begitu jugalah hati ini yang semakin sayang dengan GPMS. tambahan pula dengan keluarga baru GPMS yang sedia ada sekarang yang semakin hari semakin bertambah, semakin jugalah hati ini mencintai GPMS.

Hari ini kami ( keluarga GPMS UNISEL BJ ) bersama-sama dengan sebahagian kecil keluarga GPMS UITM SHAH ALAM berbuka puasa di rumah sarjan (sdr. Akmal Dahlan) yang begitu seronok sekali dapat berkenalan sesama sendiri. Aku yang pada mulanya ingin menyertai program anak angkat (konvoi ramadhan) sanggup membatalkan niat aku untuk bersama-sama dengan keluarga GPMS ini. betapa bermaknanya aku apabila dapat bersama mereka ini.

Apabila melihat keakraban keluarga UITM ini membuatkan aku bercita-cita untuk mewujudkan suasana demikian di UNISEL. makan bersama-sama,gelak ketawa dan perli memerli tanpa menimbulkan persengketaan, gurauan yang bagaikan satu keluarga sebenar dan tidak ada jurang diantara senior dan junior.begitu kuatnya ukhwah sesama mereka.

Mungkin pada masa hadapan ikatan ukhwah sebigini dapat dipamerkan dikalangan ahli GPMS di UNISEL ini pula kehendaknya. dengan first post aku ini diharapkan agar satu ledakan family spiritual yang besar akan berlaku suatu harti nanti.